Pages

Wednesday, April 30, 2025

Harga Emas Arrahnu Hari Ini 30.4.2025

 

Harga emas arrahnu harinini 30.04.2025 terdapat selisih sedikit sahaja penurunan berbanding semalam.

Harga emas mungkin sudah mencari rentak untuk berehat. 

Berikut adalah carta harga emas dari bursa Malaysia dan beberapa harga emas dari syarikat arrahnu terpilih sebagai perbandingan.

Diatas adalah harga dari Bank Islam.


Diatas adalah harga dari YaPEIM 

Diatas adalah harga dari Bank Muamalat 

Diatas adalah harga Agrobank 

Diatas adalah harga CoopBank Pertama


Diatas adalah graf harga emas dari bursa Malaysia. Sedikit sahaja penurunan berbanding semalam.



Tuesday, April 29, 2025

MAA Orodesign sudah boleh letak di Pos Arrahnu.

 

Berita baik buat pembeli dan penyimpan Jongkong emas jenama MAA Orodesign. Penulis diberitahu bahawa Arrahnu Pejabat Pos sudah boleh menerima gadaian Jongkong Emas dari Jenama MAA.

Penulis dah lama pendam goldbar MAA ni tapi susah sebab tak semua tempat ambil. Tetapi baru-baru ini kawan penulis mengesahkan bahawa Pos Arrahnu sudah menerima jenama ini.

Baguslah senang sikit. Lagipun difahamkan Pos Arrahnu juga menerima beberapa jenis jongkong emas yang lain seperti Pamp Suisse , Public Gold, Temu Gold, Meem Gold, KAB Gold, Habib Gold, Bursa Dinar, serta Umar Gold.

Pembaca boleh terus call cawangan Pos Arrahnu untuk membuat pengesahan ok. Kadang - kadang bukan semua maklumat yang kita dapat ni tepat.











Harga emas Arrahnu hari ini 29.04.2025

 

Harga emas Arrahnu hari ini 29.4.2025 pada asasnya adalah ada kenaikan sedikit sahaja.

Ada arrahnu yang akan mengekalkan harga mingguan dan ada juga Arrahnu yang sentiasa update harga terkini setiap hari.

Dibawah adalah jadual harga emas bagi arrahnu terpilih.


Harga emas di Ar-rahnu CBP adalah yang paling tinggi disini. Tetapi ada pro dan kontra dia.

Harga emas Arrahnu bank Islam 



HARGA emas Arrahnu YaPEIM 


Harga emas arrahnu bank Muamalat 

Harga emas Arrahnu Ar-Rahn 


Harga emas arrahnu Pos


Saturday, April 26, 2025

Arrahnu Cahaya. Beroperasi setiap hari Isnin-Ahad.

 

Siapa pernah dengar Arrahnu Cahaya? 

Ini adalah pemain baru dalam industri arrahnu di Malaysia.

Sudah bertapak di KL , Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.

Menariknya mereka beroperasi setiap hari bagi menarik hati pelanggan baru.

Ya betul setiap hari.



Harga mereka juga agak kompetetif.

Tak salah mencuba lagi lagi hari sabtu dan ahad memang tak ada arrahnu lain yang bukak.

Friday, April 25, 2025

Harga Emas Arrahnu Hari Ini 25 April 2025.

 

Hari ini secara ringkasnya naik sedikit sahaja berbanding semalam. Ada arrahnu yang pakai harga lama sebab terlalu sikit margin dia. Ada juga arrahnu yang update harga setiap hari walaupun berbeza 5 sen.

Dibawah adalah harga dari pelbagai Arrahnu yang ada seluruh Malaysia.

Diatas adalah harga emas Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad.




Diatas adalah harga emas Arrahnu X'Change. Mereka hanya merubah harga jika margin turun naik tinggi. Jika tidak mereka kekalkan sahaja harga hari-hari sebelumnya.

Harga emas arrahnu Bank Muamalat.

Harga emas Arrahnu Bank Islam.

Harga emas Arrahnu YaPEIM 

Arrahnu X'Change paling tinggi letak harga pada 25 April 2025.


Thursday, April 24, 2025

Peluang untuk menangi Proton E-Mas , kereta, motosikal, pakej umrah, gajet dan wangtunai.


Peluang untuk menangi Proton E-Mas , kereta, motosikal, pakej umrah, gajet dan wangtunai.

CoopBank Pertama CBP menawarkan pelbagai hadiah lumayan untuk pelanggannya melalui kempen yang dijalankan sehingga hujung tahun ini 2025.

Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat apa jua transaksi perbankan di CBP seluruh negara.

Bagaimanapun ada terma dan syarat untuk anda memasuki cabutan bertuah ini.

Untuk terma dan syarat anda kena semak disini 👇👇👇👇👇👇👇👇

https://www.cbp.com.my/sites/default/files/2025-01/TNC KEMPEN CBP75.pdf


Apa tunggu lagi. Pergi ke cawangan CBP berdekatan anda untuk turut serta kempen peraduan ini.

Semak cawangan CBP berhampiran anda dibawah.👇👇👇👇👇👇👇👇👇

https://www.cbp.com.my/ms/hubungi-kami/alamat-peta-lokasi

Tunggu apa lagi. Mana tahu anda bertuah tahun ini!



Arrahnu X'Change Jalan Kebun dirasmikan hari ini

 

Majlis Perasmian Ar-Rahnu X’Change Jalan Kebun, Klang

Ar-Rahnu X’Change Jalan Kebun telah mengadakan majlis perasmian operasinya pada 23 April 2025. Acara perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Jafri Kudus, Pengerusi Rakyat Management Services Sdn. Bhd.

Premis prototaip Ar-Rahnu X’Change yang dimiliki sepenuhnya oleh Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) ini telah mula beroperasi pada 17 April 2025. 

Ar-Rahnu X’Change Jalan Kebun menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu). Nikmati tawaran pembiayaan tunai segera kami sehingga RM350,000.00 dengan cepat, mudah dan selamat.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Ar-Rahnu X’Change Jalan Kebun.

#arx #arrahnuxchange #operationalexcellence #jalankebun







Harga emas arrahnu di Malaysia Hari ini 20.04.2025

Hari ini 20.04.2025 secara asasnya turun sedikit berbanding semalam. Ada arrahnu yang maintain harga jika perubahan adalah sedikit. 

Ada juga arrahnu yang akan update harga setiap hari walaupun selisih harga hanya 5sen.

Dibawah disertakan carta dari pelbagai arrahnu di Malaysia.

Diatas adalah harga emas arrahnu Agrobank 
Diatas adalah harga emas arrahnu Bank Muamalat 

Diatas adalah harga emas arrahnu Bank Islam
Diatas adalah harga emas arrahnu YaPEIM 

Diatas adalah harga emas arrahnu Pos


Wednesday, April 23, 2025

Jawatan Kosong Arrahnu Koponas Mei 2025

 

Jawatan: Kerani Ar-Rahnu

Majikan: Koperasi Pos Nasional Berhad

Lokasi: Setapak, Kuala Lumpur

Gaji: Dari RM1,700 sebulan

Waktu kerja: Isnin hingga Jumaat

Tarikh tutup: 15 Mei 2025

Tarikh mula: 1 Jun 2025


Tugas utama:


Melayan pelanggan Ar-Rahnu


Urus transaksi gadaian dan penebusan


Sahkan identiti pelanggan


Urus tunai harian dan sediakan laporan


Periksa inventori barang berharga


Promosi produk Ar-Rahnu


Uji mutu emas guna alatan khas



Kelayakan: Ada pengalaman Ar-Rahnu sekurang-kurangnya 1 tahun (diutamakan)


Faedah: Insurans kesihatan, cuti bersalin, peluang naik pangkat, latihan profesional, bonus prestasi

Permohonan adalah secara online melalui link dibawah

https://malaysia.indeed.com/m/viewjob?jk=c116cd19a0b54250&from=serp&prevUrl=http%3A%2F%2Fmalaysia.indeed.com%2Fq-rahnu-jobs.html&mclk=default&xpse=SoCS67I3zwy63tTfa50LbzkdCdPP&xfps=9a2e5be5-ccae-4f48-8eb2-2d0ff2889ec7&xkcb=SoC_67M3zwy7nCy5VR0LbzkdCdPP

Arrahnu Di Malaysia.


 Sejarah Ar-Rahnu di Malaysia bermula sebagai alternatif patuh syariah kepada sistem pajak gadai konvensional yang sering dikaitkan dengan unsur riba dan ketidakadilan terhadap peminjam.


Asal Usul dan Latar Belakang


Konsep pajak gadai telah wujud di Tanah Melayu sejak abad ke-15, diperkenalkan oleh pedagang Cina semasa era Kesultanan Melayu Melaka. 

Namun, sistem pajak gadai berlesen secara rasmi hanya diperkenalkan pada zaman penjajahan British melalui Ordinan Pajak Gadai 1871, yang kemudian diseragamkan di bawah Akta Pajak Gadai 1972.

Inisiatif Penubuhan Ar-Rahnu


Kesedaran untuk menyediakan alternatif pajak gadai yang mematuhi prinsip Islam mula timbul pada awal 1980-an. Pada April 1983, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia mencadangkan agar Majlis Agama Islam Negeri atau Bank Islam Berhad melaksanakan pajak gadai Islam.

 Namun, hanya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Permodalan Kelantan Berhad (PKB) yang menunjukkan minat serius terhadap cadangan ini.

Sebagai tindak balas, MAIDAM menubuhkan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) pada 23 Januari 1992, menjadikannya institusi Ar-Rahnu pertama di Malaysia. Langkah ini diikuti oleh penubuhan Kedai Ar-Rahnu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dan Ar-Rahnu Bank Rakyat pada tahun 1993.

Ar-Rahnu YaPEIM mula diperkenalkan pada tahun 1993 oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan. Pelaksanaan awal skim ini dilakukan melalui Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) sebagai institusi pelaksana pertama.

Harga Emas Arrahnu 23.4.25

 

Harga emas arrahnu pada hari ini 23 April 2025.

Harga ini berdasarkan empat pengendali arrahnu yang ada di Malaysia antaranya ArrahnuPos , Arrahnu YaPEIM, Arrahnu Bank Islam dan Arrahnu Bank Muamalat.


Untuk gambaran lebih jelas anda boleh masuk ke website setiap arrahnu yang berkaitan.


Emas adalah aset

 


Emas telah diiktiraf sebagai aset bernilai sejak zaman berzaman. Ia bukan sahaja digunakan sebagai perhiasan, tetapi juga sebagai simpanan kekayaan yang kukuh dan tahan inflasi. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, emas sering menjadi pilihan utama pelabur kerana nilainya yang stabil dan kebal terhadap kejatuhan mata wang.


Berbanding wang tunai yang boleh susut nilainya akibat inflasi, emas mengekalkan nilai sebenar dalam jangka masa panjang. Selain itu, emas juga mudah dicairkan kerana ia diterima di seluruh dunia, menjadikannya aset yang sangat likuid.


Emas turut menjadi pilihan simpanan untuk jangka panjang, terutamanya dalam bentuk jongkong, dinar, atau barang kemas. Ramai pakar kewangan mencadangkan agar sebahagian daripada portfolio pelaburan terdiri daripada emas sebagai pelindung nilai (hedging) kepada aset lain seperti saham dan hartanah.


Kesimpulannya, emas bukan sekadar logam berkilau, tetapi ia adalah aset sebenar yang memberikan kestabilan dan perlindungan dalam perancangan kewangan seseorang.