Pages

Friday, April 3, 2026

Jangan Terpedaya Gold bar murah. Sebenarnya mahal!


Kepada pengumpul goldbar diluar sana, ini satu ilmu penting. Ambil tahu harga pergram walaupun berat tak sampai segram. Kerana apa? Kerana ramai ingat beli emas 0.1 gram ini murah sebab harga dia tak sampai RM200. Malah ada juga dipasaran berat 0.05 gram harga tak sampai seratus. Murah kan? Tidak.. sebenarnya mahal namapos!

Berdasarkan gambar diatas, harga bagi 0.1g adalah RM124.10 sahaja. Tak sampai pun dua ratus. Tetapi kiralah harga pergram dia bersamaan RM1241 pergram! Mahal ke murah?



Lihat ini pula, harga lagi murah dari yang diatas tu. Tetapi kiralah harga pergram dia. Pergi ke RM1058.60 per gram. Wow..

Ini lagi murah RM60 boleh dapat sekeping gold bar..tapi berat hanya 0.05g! Jom kira harga pergram dia. RM1200 per gram. 

Nampak tak? Anda jangan terpengaruh dengan harga yang murah, walhal sebenarnya sangat mahal.

Jika anda kata anda tiada duit RM700 sedebuk untuk terus beli sekeping 1g, kenapa perlu bazir masa dan wang beli 0.1g? Bukankah sekarang ada pelbagai jenama menawarkan emas dalam bentuk digital. Anda boleh beli runcit-runcit serendah rm10 kedalam akaun emas anda. Cukup masa dan cukup gram, anda boleh tunaikan kepada fizikal. 

Lagipun, mengikut kata sahabat saya yang bekerja di arrahnu, berat dibawah 0.5 akan ditolak untuk proses gadaian. Sangat merugikan walaupun anda ada emas ditangan.

Beli mahal, kalau nak jual pun kedai akan ambil nilai sebenar yang mana jauh berbeza dengan harga belian. Contoh 0.1g anda beli rm120. Kalau harga buyback sekarang rm500 pergram, anda akan dibayar rm50 sahaja. Anda rugi lebih dari 50%. 

Jadi nasihat saya kepada pembeli diluar sana, carilah emas yang berat 0.5g dan keatas. Kalau nak beli yang murah, face to face dengan agent yang dipercayai.🫡


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

No comments:

Post a Comment