Pernah terfikir kenapa harga emas arrahnu berbeza dan upah simpan pun berbeza? Jawapan simple adalah setiap pengendali arrahnu ada ketetapan tersendiri. Sama seperti kaedah kedai emas. Setiap kedai emas mempunyai harga emas tersendiri dan kos upah tersendiri yang berbeza berbanding kedai sebelah. Begitulah jua arrahnu. Tinggal kita sendiri untuk mencari yang mana harga terbaik.
Hari ini berdasarkan harga emas 2 April 2026, mari kita cuba simulasikan beberapa kedai arrahnu terpilih untuk mencari harga gadaian terbaik dan upah simpan terbaik. Untuk itu hari ini kita mencuba kalkulator Arrahnu Yapeim, Arrahnu Bank Muamalat, Arrahnu CBP Bank dan Arrahnu Tekun. Untuk simulasi ini kita gunakan berat emas yang sama dan mutu yang sama iaitu Emas 22k (916) seberat 10g untuk diletakkan kesemua arrahnu yang kita sebutkan tadi. Jom kita analisis dibawah.
Simulasi kalkulator Arrahnu Exchange VS Arrahnu Tekun VS Arrahnu Bank Muamalat VS Arrahnu CBP Bank VS Arrahnu KOPONAS VS Arrahnu KPDRM (Koperasi PDRM).
Arrahnu KPDRM:
Nilai Marhun: RM6118.90
Pinjaman Max: RM4890
Upah simpan 6 bulan: RM293.64
Arrahnu Bank Muamalat:
Nilai Marhun: RM6586.40
Pinjaman Max: RM5260.00
Upah simpan 6 bulan: RM295.88
Arrahnu KOPONAS:
Nilai Marhun: RM5990.10
Pinjaman Max: RM4790.00
Upah simpan 6 bulan: RM287.40
Arrahnu Tekun:
Nilai Marhun: RM5689.80
Pinjaman Max: RM4260.00
Upah simpan 6 bulan: RM290.97
Arrahnu: CBP Bank
Nilai Marhun: RM56320.00
Pinjaman Max: RM5050
Upah simpan 6 bulan: RM227.87
Arrahnu Exchange:
Nilai Marhun: RM6482.10
Pinjaman Max: RM5180.00
Upah simpan 6 bulan: RM311.99
Berdasarkan simulasi hari ini Arrahnu Bank Muamalat memberikan Pinjaman yang tertinggi.

No comments:
Post a Comment