Pages

Monday, July 6, 2026

Perbezaan Arrahnu Bank vs Arrahnu Biasa ( Koperasi )





Adakah anda pernah menggadai di arrahnu bank dan arrahnu biasa? Contoh arrahnu bank adalah Arrahnk Muamalat, Arrahnu Agrobank, Arrahnu Bank Rakyat, Arrahnu CBP. Manakala Arrahnu biasa pula adalah arrahnu bukan organisasi bank seperti Arrahnu Pos, Arrahnu Sahabat, Arrahnu Yapeim, Arrahnu Koperasi (Polis/Tentera), Arrahnu Cahaya dan pelbagai lagi jenama arrahnu dibawah bumbung koperasi yang pelbagai.

Mungkin ada yang masih setiap dibawah Arrahnu Yapeim sejak berdekad, mungkin ada yang setia dengan arrahnu depan rumah dia sahaja.

Tetapi sedarkah anda ada perbezaan antara Arrahnu Bank dan Arrahnu biasa. Yang paling utama adalah CTOS / CCRIS. Ini adalah perkara yang paling anda kena tahu, Arrahnu Bank akan membrikan anda rekod yang buruk dalam CTOS/CCRIS anda jika anda tidak membayar upah simpan arrahnu anda dalam tempoh ditetapkan. Walaupun gadaian anda hanya RM200. Ini menyebabkan skor anda menjadi buruk dan memberi kesan negatif jika anda ingin membuat pinjaman dari mana-mana agensi bank selepas ini.

Ramai yang suka membuat gadaian di bank kenapa? Sebab bank tidak mempunyai masalah wang. Sedangkan di Arahnu biasa selalunya jika anda hadir kesitu berlaku ketidakcukupan modal. Selalu terjadi di Yapeim, Arrahn, Exchange atau Arrahnu Pos. Arrahnu biasa ini selalunya menggunakan suntikan modal dari syarikat atau koperasi, sebab itulah wang untuk pelanggan mereka adalah terhad. Jadi disini Arrahnu Bank menang dari sudut modal yang tiada henti. Kecuali anda datang hujung-hujung waktu memanglah staff akan suruh anda datang hari esok.

Masa setiap kali berurusan juga amat penting. Sebagai pelanggan, kita mahu cepat, tetapi disini Arrahnu Bank selalunya memberikan masa menunggu yang sangat lama. Ini kerana bank mempunyai prosedur yang ketat berkaitan AMLA sistem yang digunakan juga mempunyai keselamatan yang berlapis, kerana itulah setiap urusan di Arrahnu Bank akan mengambil masa yang lama. Jika anda mementingkan kecepatan, elaklah menggadai di Arrahnu Bank.

Jadi itulah 3 perbezaan penting yang anda kena tahu antara Arrahnu Bank dan Arrahnu Biasa. Ctos / Modal / dan Masa. Dari segi upah simpan dan margin pinjaman ada juga bank yang setaraf dengan Arrahnu biasa.

Sebagai pelanggan, andalah yang menentukan pilihan anda. Pintu Bank dan Arrahnu sentiasa terbuka untuk anda sebagai pelanggan kecuali anda datang last minit memang anda akan disambut dengan muka masam.

JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

No comments:

Post a Comment