Untuk hari ini kita berkenalan dengan Arrahnu Agrobank. Mungkin ada yang biasa dan mungkin ada yang tak biasa. Jadi hari ni penulis akan terangkan serba sedikit pasal arrahnu Agrobank ini.
Untuk maklumat anda, Arrahnu Agrobank adalah bank. Segala pinjaman bercagar juga akan masuk ctos/ccris. Itu adalah fakta yang anda kena tahu. Yang mana dah biasa tu biasa la..kena jaga bayaran anda kalau taknak blacklist buat loan kat bank lain.
Kedua, Agrobank mempunyai seramai 128 arrahnu didalam premis mereka seluruh negara.
Ketiga mereka menawarkan sehingga 80% pinjaman atas nilai marhun. Harga mereka juga agak tinggi.
Umur layak menggadai adalah 18 hingga 70 tahun.
Tempoh pembiayaan boleh diperbaharui sehingga 3 tahun. Yang penting anda bayar upah setiap 6 bulan.
Emas anda dilindungi insurans di cawangan. Anda juga boleh menambah perlindungan takaful kepada diri sendiri. Ini anda boleh hubungi kakitangan di kaunter untuk maklumat lanjut.
Had pinjaman terkumpul individu adalah sehingga RM300 ribu.
Upah simpan ada 3 tier. Marhun RM100 hingga RM2k upah simpan RM0.55. Marhun RM2k hingga RM5k upah simpan RM0.65. marhun RM5k keatas adalah RM0.80
Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda boleh contact service centre Agrobank di www.agrobank.com.my






