Showing posts with label Kenali Arrahnu. Show all posts
Showing posts with label Kenali Arrahnu. Show all posts

Saturday, May 16, 2026

Arrahnu Emas by Koperasi Serbaguna Kakitangan Mas Malaysia Berhad.



Arrahnu Emas adalah arrahnu dibawah kelolaan Koperasi Serbaguna Kakitangan Mas Malaysia Berhad. Koperasi geng-geng pilot dan steward stewardess ni. Bukan kaleng-kaleng.

Bercakap pasal jumlah cawangan, Arrahnu Emas baru mempunyai 2 cawangan iaitu di Sepang dan di Elmina East (Shah Alam). 


Dari segi harga agak rendah berbanding harga arrahnu lain dan arrahnu bank. Of Coz arrahnu bank paling tinggi berbanding arrahnu yang dikelolakan oleh koperasi. Tetapi positifnya bila harga rendah ni, upah simpan dia pun murah.
Bandingkan harga Arrahnu Emas dan lain-lain Arrahnu disini.👇🏻👇🏻👇🏻

Dari segi operasi, cepat pantas dan laju. Sup sap sup sap siap! Tak kena sidai macam bank.






JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Tuesday, March 10, 2026

Arrahnu Yapeim , Perintis kepada sistem pajak gadai Islam di Malaysia.


 Arrahnu Yapeim merupakan antara perintis kepada sistem pajak gadai Islam di Malaysia. Mereka bermula pada 1992 dengan kerjasama Bank Rakyat. Sehingga kini mereka mempunai lebih dari 200 cawangan di seluruh negara.

Di premis Yapeim, selain urusan pajak gadai (arrahnu) pelanggan juga boleh membuat pelbagai urusan lain seperti cuci emas, membuka tabung ibadah korban, ejen Bank Islam (boleh tambah dan keluar duit Bank Islam),bayaran zakat (Kedah sahaja),  menjual emas dan juga boleh membeli emas melalui cawangan-cawangan yang terpilih. Banyak juga bisnes yang Yapeim buat selain urusan arrahnu ye.









Friday, May 2, 2025

Kenali Arrahnu : Arrahnu Agrobank


Untuk hari ini kita berkenalan dengan Arrahnu Agrobank. Mungkin ada yang biasa dan mungkin ada yang tak biasa. Jadi hari ni penulis akan terangkan serba sedikit pasal arrahnu Agrobank ini.

Untuk maklumat anda, Arrahnu Agrobank adalah bank. Segala pinjaman bercagar juga akan masuk ctos/ccris. Itu adalah fakta yang anda kena tahu. Yang mana dah biasa tu biasa la..kena jaga bayaran anda kalau taknak blacklist buat loan kat bank lain.

Kedua, Agrobank mempunyai seramai 128 arrahnu didalam premis mereka seluruh negara.

Ketiga mereka menawarkan sehingga 80% pinjaman atas nilai marhun. Harga mereka juga agak tinggi.

Umur layak menggadai adalah 18 hingga 70 tahun.

Tempoh pembiayaan boleh diperbaharui sehingga 3 tahun. Yang penting anda bayar upah setiap 6 bulan.

Emas anda dilindungi insurans di cawangan. Anda juga boleh menambah perlindungan takaful kepada diri sendiri. Ini anda boleh hubungi kakitangan di kaunter untuk maklumat lanjut.

Had pinjaman terkumpul individu adalah sehingga RM300 ribu.

Upah simpan ada 3 tier. Marhun RM100 hingga RM2k upah simpan RM0.55. Marhun RM2k hingga RM5k upah simpan RM0.65. marhun RM5k keatas adalah RM0.80

Senarai Arrahnu Agrobank seluruh negara.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda boleh contact service centre Agrobank di www.agrobank.com.my

Jawatan Kosong GM Koperasi Sepakat Berjasa ( Arrahnu Jaya )

Jika anda berpengalaman banyak dalam bidang arrahnu, dan ingin lari dari kesibukan kerja dan stress di tempat kerja sekarang, anda mungkin b...