Showing posts with label Arrahnu Express. Show all posts
Showing posts with label Arrahnu Express. Show all posts

Wednesday, May 6, 2026

Harga emas dan simulasi Pos Arrahnu Vs Bank Muamalat Vs ArRahnu Xpress pada 6hb May 2026


Harga emas hari ini naik banyak berbanding semalam. Harga emas sangat tidak menentu sekarang. Turun naik yang cepat dan pada kadar yang tinggi. Namun masih lagi rendah berbanding pada saat sebelum perang US IRAN Israel terjadi. Harus diingat, Pada masa hadapan, harga emas akan stabil dan akan meroket semula, jadi ini adalah masa untuk beli emas JIKA ANDA ADA WANG.

Berbalik kepada tajuk diatas, hari ini kita akan buat simulasi antara 3 pemain arrahnu yang popular dan mempunyai cawangan yang banyak. Kita letak 10g emas bermutu 916 pada ketiga-tiga cawangan arrahnu ini iaitu Arrahnu Pos, Arrahnu Bank Muamalat dan Arrahnu Express. Mari kita bandingkan nilai marhun, nilai pinjaman dan upah simpan.



Arrahnu POS/ 916 10g
Nilai Marhun: RM5268.20
Nilai Pinjaman: 75% = RM3951
Upah simpan 6 bulan= RM300.30
*catatan - pembiayaan untuk awam adalah 75% / 80% adalah untuk staff Pos dan ketika musim perayaan sahaja.



Arrahnu Yapeim / 916 10g
Nilai Marhun: RM5820.00
Nilai Pinjaman: 80% = RM4656
Upah simpan 6 bulan= RM344.42



Arrahnu Bank Muamalat / 916 10g
Nilai Marhun: RM6086.30
Nilai Pinjaman: 75% =RM4564 
Upah simpan 6 bulan= RM256.73

Berdasarkan simulasi diatas, anda sebagai pengguna berhak tentukan pilihan anda. Kalau sanggup menunggu lama boleh la ke bank. Kalau nak cepat, sup sap sup sap siap pergilah ke arrahnu bukan bank.


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Thursday, April 16, 2026

Jawatan Kosong Arrahnu April 2026.


HABIB Group adalah syarikat konglomerat yang terlibat dalam operasi penjualan dan penghasilan barangan kemas menerusi Habib Jewels dan Hearts On Fire™, fesyen dan gaya hidup menerusi PANDORA dan Ice-Watch, pembiayaan mikro Islamik AR-RAHNU EXPRESS dan hospitaliti menerusi Jewels Hotel. HABIB Group mempunyai lebih 1200 orang kakitangan secara keseluruhan.

Arrahnu Express kini membuka peluang untuk mereka yang berminat untuk menyertai mereka bagi jawatan

1. Pengurus Cawangan di Cawangan Kuantan dan Cawangan Seberang Jaya.



Kriteria Diperlukan.

Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Kelayakan minimum SPM.
Boleh berkomunikasi dengan baik
Berketerampilan menarik.
Mahir dalam mengendalikan komputer.
Berpengalaman dalam pengurusan pelanggan (jika ada).
Calon yang boleh bekerja pada hujung minggu, cuti umum dan waktu urusan perniagaan.
Mempunyai keupayaan berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik, bekerja keras, rajin dan bekerjasama.

Faedah yang disediakan.

Caruman SOCSO dan KWSP.
Faedah perubatan.
Latihan intensif diberikan.
Uniform disediakan.
5 hari bekerja.
Persekitaran pekerjaan yang kondusif.

Bagi yang berminat, permohonan adalah secara dalam talian sahaja melalui link dibawah.




JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Wednesday, April 1, 2026

Pelbagai kekosongan jawatan di Arrahnu Express April 2026.


HABIB Group adalah syarikat konglomerat yang terlibat dalam operasi penjualan dan penghasilan barangan kemas menerusi Habib Jewels dan Hearts On Fire™, fesyen dan gaya hidup menerusi PANDORA dan Ice-Watch, pembiayaan mikro Islamik AR-RAHNU EXPRESS dan hospitaliti menerusi Jewels Hotel. HABIB Group mempunyai lebih 1200 orang kakitangan secara keseluruhan.

Arrahnu Express kini membuka peluang untuk mereka yang berminat untuk menyertai mereka bagi jawatan 
1. Pengurus Cawangan di Cawangan Plaza Shah Alam
2. Pengurus Cawangan di Cawangan Plaza Angsana Mall, Johor
3. Pegawai Khidmat Pelanggan di cawangan berikut:
    Ampang Point
    Sri Gombak
    Sungai Buloh
    PKNS, Shah Alam
    Mydin Mall, USJ
    Angsana Mall, JB
    Plaza Shah Alam
    Tunjong , Kelantan
    Kuantan
    Bandar Baru Bangi


Kriteria Diperlukan.

Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Kelayakan minimum SPM.
Boleh berkomunikasi dengan baik
Berketerampilan menarik.
Mahir dalam mengendalikan komputer.
Berpengalaman dalam pengurusan pelanggan (jika ada).
Calon yang boleh bekerja pada hujung minggu, cuti umum dan waktu urusan perniagaan.
Mempunyai keupayaan berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik, bekerja keras, rajin dan bekerjasama.

Faedah yang disediakan.

Caruman SOCSO dan KWSP.
Faedah perubatan.
Latihan intensif diberikan.
Uniform disediakan.
5 hari bekerja.
Persekitaran pekerjaan yang kondusif.

Bagi yang berminat, permohonan adalah secara dalam talian sahaja melalui link dibawah.
https://arrahnuexpress.com/kerjaya/


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Jawatan Kosong GM Koperasi Sepakat Berjasa ( Arrahnu Jaya )

Jika anda berpengalaman banyak dalam bidang arrahnu, dan ingin lari dari kesibukan kerja dan stress di tempat kerja sekarang, anda mungkin b...