Showing posts with label Tips kewangan. Show all posts
Showing posts with label Tips kewangan. Show all posts

Friday, April 3, 2026

Jangan Terpedaya Gold bar murah. Sebenarnya mahal!


Kepada pengumpul goldbar diluar sana, ini satu ilmu penting. Ambil tahu harga pergram walaupun berat tak sampai segram. Kerana apa? Kerana ramai ingat beli emas 0.1 gram ini murah sebab harga dia tak sampai RM200. Malah ada juga dipasaran berat 0.05 gram harga tak sampai seratus. Murah kan? Tidak.. sebenarnya mahal namapos!

Berdasarkan gambar diatas, harga bagi 0.1g adalah RM124.10 sahaja. Tak sampai pun dua ratus. Tetapi kiralah harga pergram dia bersamaan RM1241 pergram! Mahal ke murah?



Lihat ini pula, harga lagi murah dari yang diatas tu. Tetapi kiralah harga pergram dia. Pergi ke RM1058.60 per gram. Wow..

Ini lagi murah RM60 boleh dapat sekeping gold bar..tapi berat hanya 0.05g! Jom kira harga pergram dia. RM1200 per gram. 

Nampak tak? Anda jangan terpengaruh dengan harga yang murah, walhal sebenarnya sangat mahal.

Jika anda kata anda tiada duit RM700 sedebuk untuk terus beli sekeping 1g, kenapa perlu bazir masa dan wang beli 0.1g? Bukankah sekarang ada pelbagai jenama menawarkan emas dalam bentuk digital. Anda boleh beli runcit-runcit serendah rm10 kedalam akaun emas anda. Cukup masa dan cukup gram, anda boleh tunaikan kepada fizikal. 

Lagipun, mengikut kata sahabat saya yang bekerja di arrahnu, berat dibawah 0.5 akan ditolak untuk proses gadaian. Sangat merugikan walaupun anda ada emas ditangan.

Beli mahal, kalau nak jual pun kedai akan ambil nilai sebenar yang mana jauh berbeza dengan harga belian. Contoh 0.1g anda beli rm120. Kalau harga buyback sekarang rm500 pergram, anda akan dibayar rm50 sahaja. Anda rugi lebih dari 50%. 

Jadi nasihat saya kepada pembeli diluar sana, carilah emas yang berat 0.5g dan keatas. Kalau nak beli yang murah, face to face dengan agent yang dipercayai.🫡


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Wednesday, March 25, 2026

Duit raya anak. Dimana nak simpan? Jom bandingkan dengan pelbagai instrumen investasi.


Hari raya adalah hari paling bahagia buat anak-anak. Maklumlah masa ini mereka akan dapat banyak duit raya. Sebagai ibubapa, haram untuk kita guna duit raya anak untuk kepentingan peribadi. Jadi, sebagai ibubapa yang bijak, apakah pilihan yang ada untuk beranakkan duit anak kita? Jom lihat pilihan yang ada.


Mana Yang Paling Bagus?

  1. Jika mahu Dividen paling tinggi: ASB. ASB secara konsisten memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding simpanan tunai lain. Dengan RM500, dividen tahunan boleh membantu duit itu berkembang lebih cepat.
  2. Jika mahu Berkat & Daftar Haji: Tabung Haji. Sangat bagus untuk keberkatan simpanan anak. Jika simpanan di TH mencecah RM1,300 nanti, anda boleh terus mendaftarkan anak untuk giliran haji seawal usia mereka.
  3. Jika mahu Manfaat Pendidikan: SSPN (PTPTN). Simpanan di sini dijamin kerajaan dan khusus untuk pendidikan. Paling penting, ada perlindungan takaful percuma untuk pendeposit (ibu bapa) sekiranya berlaku apa-apa, simpanan anak tetap terjaga.
  4. Jika mahu Simpanan "Sukar Bocor": Emas. Kalau anda jenis "tangan panas" (pantang tengok duit dalam bank), tukarkan RM500 itu kepada emas (dapat sekitar 1g lebih mengikut harga semasa). Emas fizikal biasanya membuatkan kita rasa sayang nak jual, jadi simpanan itu lebih bertahan lama.

​Cadangan Strategi "Hybrid"

​Daripada pilih satu, anda boleh pecahkan:

  • RM300 masuk ke ASB/SSPN (untuk dividen & manfaat pendidikan).
  • RM200 masuk ke Tabung Haji (untuk kumpul cukup RM1,300 bagi pendaftaran haji).

Jadi sebagai ibubapa yang bijaksana dan bijaksini, apakah pilihan anda?

JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Jawatan Kosong GM Koperasi Sepakat Berjasa ( Arrahnu Jaya )

Jika anda berpengalaman banyak dalam bidang arrahnu, dan ingin lari dari kesibukan kerja dan stress di tempat kerja sekarang, anda mungkin b...