Adakah anda kaki beli barang lelong? Sememangnya barang lelong arrahnu ada peminatnya yang tersendiri. Selain harga yang murah dari harga pasaran pembeli juga akan mendapatkan kualiti yang terjamin ini kerana setiap barang yang masuk arrahnu selalunya akan disemak ketulinannya terlebih dahulu.
Ada arrahnu yang mempamerkan barang lelongan di cawangan masing-masing. Anda perlulah peka dan sentiasa berhubungan dengan pengurus cawangan untuk mengetahui bilakah masanya mereka akan membuat lelongan awam. Contoh arrahnu yang membuat lelongan awam adalah Arrahnu KPF (Koperasi Permodalan Felda), Arrahnu Yapeim, Arrahnu Bank Rakyat , Arrahnu Exchange dan lain-lain.
Ada juga arrahnu yang membuat lelongan secara dalam talian. Ini amat menarik dan boleh menarik minat pembeli yang duduk di kejauhan. Selalunya melalui cara ini, pihak arrahnu akan mempamerkan gambar dari pelbagai sisi, ukuran dimensi barangan dan catatan lain jika barangan kemik atau bengkok atau berbatu. Pembeli perlulah bijak jika memilih untuk membeli barangan melalui kaedah ini. Terma dan syarat perlulah dipatuhi sebelum membuat bidaan dalam talian ini.
Setakat ini ada dua pemain arrahnu yang membuat proses lelongan secara dalam talian ini iaitu Ar-Rahn dan Arrahnu Bank Muamalat. Dibawah ini disediakan link untuk anda mendaftar dan memcuba proses lelongan awam secara dalam talian. Selamat mencuba!