Friday, September 18, 2026

Jawatan Kosong Eksekutif Arrahnu Koperasi PDRM.


Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad kini membuka kekosongan jawatan sepenuh masa sebagai Eksekutif Ar-Rahnu di cawangan Kuala Lumpur dan Selangor dengan tawaran gaji bulanan antara RM 2,800 hingga RM 3,300. Jawatan di bawah bidang Komunikasi Pemasaran ini memerlukan calon warganegara Malaysia yang memiliki kelulusan Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan seperti Pengurusan Perniagaan, Syariah, Pemasaran, Perakaunan, Kewangan, atau Perbankan Islam. Calon juga wajib memiliki kelulusan SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Matematik, Matematik Tambahan, atau Prinsip Akaun. Keutamaan tinggi akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran komputer yang baik serta pengalaman bekerja minimum empat tahun dalam operasi Ar-Rahnu, terutamanya sebagai penilai emas atau penyelia pajak gadai.
Tanggungjawab utama jawatan ini adalah membantu Ketua Bahagian Pembiayaan & Tuntutan dalam menyelia kakitangan bawahan serta bertindak sebagai Penyelia atau Ketua Cawangan Ar-Rahnu. Skop tugas harian merangkumi pemantauan dan pengemaskinian harga emas harian mengikut pasaran semasa, memastikan keselamatan fasiliti, serta menjaga ketelusan semua transaksi perniagaan bagi mengelakkan penipuan. Selain itu, eksekutif ini bertanggungjawab menguruskan pentadbiran, merekod data transaksi kewangan untuk tujuan audit berkala, menyediakan laporan bulanan untuk mesyuarat pengurusan, merancang promosi tempatan, dan melayan segala pertanyaan daripada anggota atau pelanggan koperasi.
Jika berminat boleh cuba mohon secara dalam talian melalui link dibawah.

JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Simpan emas anda di GoldNow by Tomei. Satu lagi platform penyimpanan emas digital yang patuh shariah.


GoldNow merupakan sebuah platform simpanan dan pelaburan emas digital berasaskan aplikasi mudah alih. Platform ini direka khusus untuk mendemokrasikan pelaburan emas, sekali gus membolehkan sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang kewangan, untuk memiliki emas tulen gred 999.9 secara sah dan selamat. Melalui inovasi ini, Tomei berjaya mengubah landskap pelaburan emas tradisional kepada bentuk yang lebih moden, pantas, dan boleh diakses terus melalui telefon pintar pada bila-bila masa.
Salah satu daya tarikan utama GoldNow ialah kemampuan untuk memulakan pelaburan dengan modal yang sangat minimum. Jika dahulu pembelian emas memerlukan ratusan atau ribuan ringgit, kini pengguna boleh mula menabung emas digital dengan berat serendah 0.1 gram sahaja. Ciri ini membuka peluang yang luas kepada golongan muda, pelajar, dan penyimpan kecil-kecilan untuk membina portfolio kekayaan mereka sendiri secara berperingkat tanpa memberi tekanan kepada aliran tunai bulanan.
Dari aspek ketelusan dan keselamatan, GoldNow menawarkan jaminan yang sangat tinggi kepada para penggunanya. Setiap unit emas digital yang dibeli oleh pelanggan disokong sepenuhnya oleh aset emas fizikal sebenar. Emas fizikal ini disimpan dengan selamat di dalam peti kebal khusus milik Tomei, dilindungi oleh insurans menyeluruh, dan dipantau secara bebas oleh pihak pemegang amanah pelantikan luaran, iaitu MTrustee Berhad. Tambahan pula, bagi masyarakat Islam di Malaysia, platform ini memberikan ketenangan minda yang total kerana ia telah disahkan patuh Syariah sepenuhnya oleh ISRA Consulting melalui pelaksanaan kontrak Bai' al-Sarf.
Kelebihan GoldNow tidak hanya terhenti pada alam digital semata-mata. Platform ini menawarkan fleksibiliti yang luar biasa menerusi ciri penebusan emas fizikal. Apabila jumlah simpanan digital pengguna telah mencukupi, mereka mempunyai pilihan untuk menukarkan atau menebus emas digital tersebut kepada bentuk fizikal, seperti jongkong emas (gold bar) atau syiling emas eksklusif. Penebusan ini boleh dilakukan dengan mudah melalui jaringan lebih daripada 60 cawangan runcit Tomei yang tersebar di seluruh negara.
Bagi memperkayakan pengalaman pengguna, GoldNow turut dilengkapi dengan fungsi pintar seperti "Gold Savings". Ciri ini membolehkan pengguna menetapkan potongan atau simpanan automatik berdasarkan matlamat peribadi jangka panjang, seperti tabungan perkahwinan, dana pendidikan anak-anak, mahupun persediaan ibadah umrah. Selain itu, terdapat juga ciri "Gold Gifting" yang membolehkan pengguna menghantar hadiah emas digital sekecil 0.001 gram kepada ahli keluarga atau rakan-rakan sebagai pengganti wang tunai sewaktu musim perayaan atau hari lahir.
Secara keseluruhannya, GoldNow oleh Kumpulan Tomei ialah sebuah inovasi kontemporari yang berjaya menggabungkan warisan kepercayaan jenama emas terkemuka dengan kecekapan teknologi moden. Ia bukan sahaja mempermudah urusan jual beli emas pada harga pasaran semasa yang telus, malah bertindak sebagai pemangkin penting dalam memupuk budaya menabung yang bijak dalam kalangan rakyat Malaysia demi masa depan kewangan yang lebih kukuh dan terjamin.

JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Friday, September 4, 2026

Harga emas tidak menentu. Pastikan upah simpan bulanan dibayar untuk elak lelongan.



Sejak Februari lepas, harga emas mengalami naik turun yang tidak menentu. Pelanggan tidak memantau harga emas setiap hari. Mereka ingat setiap 6 bulan buat overlap boleh dapat duit. Tetapi tidak. Ramai yang salah dan tak faham konsep arrahnu.

Sesiapa yang telah buat overlap sehingga bulan feb lepas, kini tibalah giliran 6 bulan untuk anda bayat upah. Kali ini perbezaan harga menurun hampir rm100 per gram berbanding harga emas February.

Sebab itu pihak arrahnu menyarankan anda menyediakan upah simpan untuk sambung surat. Pihak arrahnu auto geleng kepala jika tengok pelanggan bawa surat bulan feb mac april datang tanya overlap boleh dapat duit ke tak😌.

Disarankan mereka yang gadai bermula bulan mac dan keatas, sila buat bayaran upah secara bulanan untuk mengelakkan anda mengalami kesulitan untuk membayar secara pukal pada bulan ke 6.

Mengikut statistik arrahnu, sekarang ni banyak barang masuk lelong atau dijual kepada pembeli surat pajak sebab penggadai tak mampu dah nak bayar upah.

Pesanan ikhlas dari arrahnu bank rakyat🫣

JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Wednesday, September 2, 2026

Bekas Pekerja Guna Akses Lama Syarikat Untuk Beli Jongkong Emas Bernilai RM104,100 Pada Harga RM8.



ZHUJI, CHINA – Seorang bekas pekerja sebuah syarikat barangan kemas di Zhuji, Shaoxing, China, telah dijatuhkan hukuman selepas didapati mengeksploitasi sistem dalam talian bekas majikannya untuk membeli dua jongkong emas bernilai lebih RM100,000 dengan hanya membayar RM8.
Wanita yang dikenali sebagai Zhan sebelum ini bertanggungjawab memuat naik produk dan melaras harga di kedai penstriman langsung (livestream) syarikat tersebut. Nombor telefon bimbitnya telah dipautkan ke sistem belakang (backend) kedai, membolehkan beliau mempunyai akses untuk mengubah harga produk.
Walaupun Zhan telah meninggalkan syarikat itu pada Mac 2026 berikutan pelarasan kakitangan dalaman, nombor telefonnya tidak dialih keluar serta-merta daripada sistem. Akses yang tidak dipadamkan ini kemudiannya menjadi kunci kepada rancangan penipuannya.
Pada 7 April, dilaporkan kerana masih tidak berpuas hati dengan bekas majikannya, Zhan menggunakan akaun peribadi untuk membuat pesanan dua jongkong emas tulen seberat 100 gram semasa siaran langsung syarikat tersebut. Harga asal pesanan berkenaan adalah 104,100 yuan (kira-kira RM64,000), namun dia menggunakan baki akses sistem belakangnya untuk menukar jumlah harga kepada lapan yuan sahaja sebelum membuat pembayaran.
Dia kemudian cuba menyembunyikan identitinya dengan memberikan nama palsu, nombor telefon yang tidak lagi digunakan dan alamat penghantaran yang tidak berkaitan. Selepas membuat pesanan, dia turut memadam akaun yang digunakan untuk pembelian tersebut.
Jongkong emas itu kemudiannya diproses, diperiksa dan diserahkan untuk penghantaran kerana kakitangan menganggap pesanan tersebut adalah sah. Walau bagaimanapun, pihak syarikat menyedari transaksi pada harga yang sangat rendah itu keesokan harinya lalu melaporkan perkara tersebut kepada polis.
Pihak berkuasa berjaya memotong (intercept) penghantaran jongkong emas itu di sebuah stesen kurier sebelum ia sampai ke tangan penerima. Zhan ditangkap pada hari yang sama.
Kes itu kemudiannya dirujuk kepada Prokuratorat Rakyat Zhuji untuk prosiding lanjut. Siasatan mendapati Zhan telah mengeksploitasi kelemahan dalam sistem belakang syarikat untuk mengubah harga pesanan, menyebabkan kakitangan tersilap memproses dan menghantar jongkong emas tersebut sebagai pembelian tulen.
Pihak pendakwa raya menetapkan bahawa tindakan wanita itu merupakan satu kesalahan penipuan. Susulan pendakwaan yang difailkan pada 11 Jun, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas Zhan, yang ditangguhkan selama satu tahun enam bulan, serta denda sebanyak 30,000 yuan (kira-kira RM18,400).
Kes ini menjadi peringatan penting kepada perniagaan agar akses pekerja ke sistem dalaman ditarik balik dengan serta-merta apabila tempoh pekerjaan tamat, terutamanya bagi sistem yang membenarkan pengguna mengubah suai harga atau memproses transaksi bernilai tinggi.

Sumber: https://redping.my/international-2/woman-uses-old-company-access-to-buy-rm104100-gold-bars-for-rm8/?


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Apakah itu spread emas? Bagaimanakah nak kira spread emas?



Dalam dunia jual beli emas, selalu muncul istilah spread emas dari mulut-mulut penjual atau ejen-ejen emas. Tahukah anda apa itu spread emas? Bahasamudahnya spread itu adalah susut nilai. Kita beli emas dari Kedai Emas Saya Suka (KESS) kemudian hari yang sama kita tolak semula dekat KESS sebab terdesak. Pagi tadi kita beli dengan harga RM500/g dan petang itu KESS ambil (beli) dengan harga RM450/g. Ye betul..walapun barangan masih baru, resit ada dan price tag pun tak cabut lagi, spread emas tetap berlaku walaupun pada hari yang sama! Mari kita lihat formula dibawah.


Jadi spread bagi harga emas di KESS contoh diatas adalah sebanyak 10%. Untuk mengetahui nilai itu tinggi atau rendah anda perlulah membuat perbandingan dengan beberapa kedai lain. Jadilah pengguna yang bijak!

Spread emas digital.

Bagi mereka yang mengganggap emas sebagai aset pelaburan ilmu mengira spread emas ini amat penting. Ini kerana spread yang tinggi bermakna anda berisiko rugi dan spread yang rendah juga rugi jika dijual dalam hari yang sama , tetapi bila harga naik, anda cepat untung.

Selalunya barang kemas perhiasan memang mempunyai susut emas yang tinggi. Untuk kali ini admin ingin membawa anda membezakan spread emas produk yang semakin popular hari ini aiitu digital gold.

Kalau Public Gold ada produk GAP, kalau Maybank ada MIGA-i, kalau KAB gold ada uncang emas dan terbaharu Pos Arrahnu juga ada menawarkan produk digital gold mereka sendiri. Mari kita kaji berapakah nilai spread bagi setiap produk mereka.

Berdasarkan harga yang anda berikan, kadar spread emas tersebut ialah 2.97% dengan nilai susut nilai sebanyak RM17 bagi setiap gram.

Jika berminat boleh daftar disini.
https://posarrahnugold.ace2u.com/index-landing.php


Berdasarkan harga tersebut, kadar spread emas anda ialah 6.98% dengan nilai susut nilai sebanyak RM42 bagi setiap gram.
Jika bermiant boleh daftar disini.


Berdasarkan harga tersebut, kadar spread emas anda ialah 7.31% dengan nilai susut nilai sebanyak RM44 bagi setiap gram.
Jika berminat boleh daftar disini.

Berdasarkan harga tersebut, kadar spread emas anda ialah 4.21% dengan nilai susut nilai sebanyak RM25 bagi setiap gram.
Jika berminat boleh daftar disini.


Satu lagi jenama yang penting iaitu GAP PG, admin malas kira kat sini sebab ejen-ejen dia orang dah dilatih untuk mengajar orang ramai bahawa spread mereka antara yang paling rendah. Kalau admin tulis jugak nilai spread PG disini, takut ejen-ejen mereka tak tidur malam nanti. Kalau sesiapa pandai kira, sila nyatakan dalam komen dibawah atau komen di posting FB. TQ in advance.

Berdasarkan simulasi harga diatas, admin telah membuat kiraan spread berdasarkan harga terkini pada pagi 2 September 2026. Anda boleh lihat pemenangnya adalah Pos Arrahnu walaupun produk mereka baru dilancarkan.

Tetapi itu perkiraan spread sahaja tau, untuk keseluruhan proses, upah cas dan sebagainya nanti kita akan bincangkan lagi di lain masa.







JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Jawatan Kosong Eksekutif Arrahnu Koperasi PDRM.

Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad kini membuka kekosongan jawatan sepenuh masa sebagai Eksekutif Ar-Rahnu di cawangan Kuala Lumpur dan...