Wednesday, April 29, 2026

Harga emas menjunam hari ini 29.04.2026


Dalam ketidaktentuan ekonomi dunia, harga emas dihukum lagi pagi ini dengan kejatuhan yang drastik. Jatuhan lebih dari RM10 agak ketara juga kesannya kepada pemain industri barang kemas dan arrahnu.

Kepada pembeli dan pengguna ini adalah masa terbaik untuk membeli dan juga menambahkan stok emas digital anda.

Jom semak harga terkini mengikut arrahnu dibawah.


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Thursday, April 23, 2026

Lombong Emas terbesar didunia. Jiran kita rupanya.


Lombong emas yang terbesar didunia mungkin jatuh kepada Lombong Emas Grasberg di Indonesia. Grasberg terletak di wilayah Papua, Indonesia, dan terkenal sebagai salah satu lombong emas & tembaga terbesar di dunia. Ia dulu lombong terbuka gergasi, tetapi kini sebahagian besar operasi sudah beralih ke lombong bawah tanah.

📊 Hasil tahunan

  • Pengeluaran emas: sekitar 1 juta hingga 1.8 juta auns setahun (bergantung tahun)
  • Ini bersamaan kira-kira 30 – 55 tan emas setahun

👉 Untuk gambaran:
Itu lebih kurang berat 2–4 buah bas sekolah dalam bentuk emas setiap tahun


💰 Nilai & deposit emas

  • Anggaran simpanan emas keseluruhan: ± 30 – 40 juta auns emas
  • Nilai kasar (ikut harga semasa): boleh mencecah USD 60 – 80 bilion

👉 Itu belum kira tembaga — Grasberg sebenarnya lebih kaya dari segi tembaga, bukan emas sahaja.


📏 Saiz, keluasan & kedalaman

Keluasan lombong terbuka (dulu):

  • Lebih kurang 4 km²

👉 Perbandingan:

  • 560 padang bola sepak
  • (1 padang bola ≈ 0.007 km²)

Kedalaman lombong terbuka:

  • Sekitar 500 meter

👉 Perbandingan:

  • 1.7 kali tinggi Great Pyramid of Giza
  • (Piramid Giza ≈ 146 meter tinggi) 

🧠 Fakta menarik

  • Grasberg pernah jadi lombong emas terbesar dunia sebelum Muruntau ambil alih
  • Terletak di kawasan gunung tinggi (lebih 4,000 meter dari paras laut)
  • Kini operasi utama adalah bawah tanah, yang lagi kompleks dan mahal
Jom semak gambar-gambar menarik dari Grasberg.






JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Harga emas menaik sedikit. Apa sebab harga emas turun naik dengan kerap?


Harga emas jadi tak menentu kebelakangan ini sebab ia dipengaruhi oleh gabungan pelbagai faktor global dan tempatan. Secara logiknya, bila ekonomi dunia masih tak stabil, ramai pelabur akan beli emas sebagai aset selamat, jadi harga cenderung naik. 

Tapi dalam masa yang sama, kadar faedah yang masih tinggi oleh bank pusat seperti Bank Negara Malaysia dan Federal Reserve membuatkan simpanan dan pelaburan lain seperti deposit atau bon lebih menarik, lalu menekan harga emas turun. 

Tambahan pula, nilai ringgit Malaysia yang turun naik berbanding Dolar Amerika Syarikat turut menyebabkan harga emas dalam negara nampak lebih tidak stabil. Jadi secara ringkas, harga emas di Malaysia sekarang bergerak naik turun kerana “tarik tali” antara ketidakpastian ekonomi (yang menolak harga naik) dan peluang pulangan dari pelaburan lain (yang menekan harga turun).

semak harga emas arrahnu mengikut harga setiap Arrahnu dibawah
👇👇👇👇👇👇👇



JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Wednesday, April 22, 2026

Nak menang motor? Bayar tanpa tunai di arrahnu Yepeim. Banyak lagi hadiahnya.



💳✨ 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨ 💳

Nikmati kemudahan transaksi digital sambil berpeluang memenangi ganjaran menarik! 🎁

📲 Jom sertai sekarang!
Lebih banyak transaksi tanpa tunai, lebih cerah peluang anda untuk menang!

📌 Syarat Penyertaan:
✅ Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
✅ Berumur 18 tahun ke atas
✅ Minimum pembayaran RM150 bagi setiap transaksi (1 kelayakan)
✅ Transaksi bagi tujuan bayaran ansuran dan penebusan

💡 Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai:
🔹 Dalam talian - https://arrahnupay.yapeim.my/
🔹 Imbas Kod QR (Duitnow)
🔹 Terminal kad kredit/debit

📅 Tempoh Kempen:
*1 Januari 2026 – 15 Disember 2026*

📲 Beralih ke pembayaran digital hari ini
Lebih mudah. Lebih cepat. Lebih selamat.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Tunggu apa lagi? Jom buat pembayaran tanpa tunai 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 !!!

Nota : Tertakluk pada terma dan syarat


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Anda rasa anda bertuah? Jom sertai Kempen Gadai Emas Menang Emas dari Arrahnu Bank Muamalat. Kempen berlangsung sehingga hujung tahun 2026. Pemenang diumum setiap bulan.


Kempen Gadai Emas Menang Emas 4.0 (GEME 4.0) merupakan inisiatif Bank Muamalat Malaysia Berhad yang kembali untuk siri keempat bagi memberi ganjaran lumayan kepada pelanggan Ar Rahnu Muamalat Pajak Gadai Islam. Kempen ini terbuka kepada pelanggan sedia ada dan juga pelanggan baharu, sekali gus menggalakkan orang ramai memanfaatkan perkhidmatan gadaian emas patuh syariah yang ditawarkan oleh Bank Muamalat. 

Melalui kempen ini, Bank Muamalat menawarkan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM220,000, menjadikannya antara kempen Ar Rahnu yang paling menarik. Antara tarikan utama ialah hadiah bulanan berupa 5 gram Kepingan Emas atau Syiling Emas yang akan dimenangi oleh empat orang pemenang setiap bulan, menjadikan keseluruhan seramai 40 pemenang sepanjang tempoh kempen.

Tempoh kempen GEME 4.0 berlangsung agak panjang, iaitu dari 1 Mac hingga 31 Disember 2026, memberi peluang luas kepada orang ramai untuk menyertai dan meningkatkan peluang memenangi emas. Setiap transaksi gadaian emas yang layak dalam tempoh ini berpotensi melayakkan pelanggan untuk dipilih sebagai pemenang bulanan, selagi memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan. 

Secara keseluruhannya, kempen Gadai Emas Menang Emas 4.0 bukan sahaja menawarkan manfaat kewangan segera melalui perkhidmatan Ar Rahnu, malah memberi nilai tambah melalui peluang memenangi emas sebagai ganjaran. Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan mengunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat atau menghubungi talian khidmat pelanggan Bank Muamalat bagi memastikan penyertaan mereka dalam kempen istimewa ini.






JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Rompak emas anak saudara sebab selalu berlagak tayang kemewahan.

  • Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun mengaku terlibat sebagai subahat dalam kes rompakan jongkong emas bernilai kira-kira RM300,000 milik anak saudara iparnya.
  • Kejadian berlaku pada 10 April 2026 di sebuah bengkel kereta di daerah Mueang Ranong, Thailand.
  • Rakaman CCTV menunjukkan suspek masuk terus ke bilik simpanan barangan berharga dan melarikan jongkong emas serta azimat Buddha.
  • Mangsa mengesyaki pelaku orang terdekat kerana mengetahui lokasi simpanan, lalu memuat naik rakaman dan menawarkan ganjaran.
  • Polis mengesahkan warga emas tersebut, dikenali sebagai Tawin, membocorkan maklumat dan membantu merancang rompakan bersama tiga bekas rakan sekerjanya.
  • Motifnya didakwa kerana bengkak hati melihat mangsa sering ‘flex’ atau mempamerkan kemewahan di media sosial.
  • Rompakan dirancang ketika sambutan hari lahir ibu mangsa, semasa ahli keluarga keluar.
  • Polis telah mengenal pasti suspek lain dan siasatan serta pemburuan masih diteruskan.


  • Berita penuh dibawah.
    https://www.mstar.com.my/global/dunia/2026/04/21/bengkak-hati-selalu-flex-kemewahan-warga-emas-rompak-jongkong-emas-rm300000-milik-anak-saudara


    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Haga emas pos arrahnu 22 April 2026


    Harga emas Arrahnu Pejabat Pos pada hari ini 22.4.26



    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Bayar upah simpan untuk elak kena lelong. Trend Harga emas menurun. membimbangkan. Pakar.



    Trend harga emas yang naik sikit dan turun banyak ini amat membimbangkan. Ini menyebabkan pelanggan arrahnu tidak boleh merasa duit 'overlap' lagi. Jika sebelum ini, harga emas naik setiap bulan, pelanggan akan kerap masuk ke arrahnu untuk membuat overlap. Setiap kali itulah mereka mendapat duit hasil dari overlap surat gadai itu. Daripada gadaian asal berjumlah hanya RM3000, selepas beberapa bulan surat gadaian mereka menjadi RM5000. Duit sedap dapat tanpa sedar mereka sendiri menaikkan hutang.

    Tetapi tindakan kaki overlap ini bakal menjerut leher sendiri kerana harga emas tidak lagi mesra untuk overlap. Tinjauan mendapati harga emas berada dalam proses ketidakstabilan. Selalunya overlap pada surat matang akan dibuat pada bulan ke 6 gadaian. Sekarang ini bulan April sesiapa yang mahu buat overlap, harga emas pada bulan Oktober tahun lepas hanya berbeza sedikit. Pelanggan masih juga perlu membawa duit untuk menampung upah simpan 6 bulan. Pelanggan sudah tidak lagi dapat merasa duit lebihan dari proses overlap.

    Diingatkan kepada mereka yang akan matang 6 bulan pada masa ini dan bulan-bulan mendatang, sediakan duit untuk membayar upah simpan 6 bulan bagi mengelakkan barang kena lelong!



    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Thursday, April 16, 2026

    Empat lelaki larikan emas bernilai RM9. 7 juta pagi tadi



    Empat lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol melarikan kira-kira 15 kilogram emas bernilai RM9.7 juta dalam rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di Kuala Lumpur, pagi tadi.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, suspek turut melarikan sepucuk senapang patah milik pengawal keselamatan premis itu bersama sebutir peluru.

    “Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 




    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Jawatan Kosong Arrahnu April 2026.


    HABIB Group adalah syarikat konglomerat yang terlibat dalam operasi penjualan dan penghasilan barangan kemas menerusi Habib Jewels dan Hearts On Fire™, fesyen dan gaya hidup menerusi PANDORA dan Ice-Watch, pembiayaan mikro Islamik AR-RAHNU EXPRESS dan hospitaliti menerusi Jewels Hotel. HABIB Group mempunyai lebih 1200 orang kakitangan secara keseluruhan.

    Arrahnu Express kini membuka peluang untuk mereka yang berminat untuk menyertai mereka bagi jawatan

    1. Pengurus Cawangan di Cawangan Kuantan dan Cawangan Seberang Jaya.



    Kriteria Diperlukan.

    Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun.
    Kelayakan minimum SPM.
    Boleh berkomunikasi dengan baik
    Berketerampilan menarik.
    Mahir dalam mengendalikan komputer.
    Berpengalaman dalam pengurusan pelanggan (jika ada).
    Calon yang boleh bekerja pada hujung minggu, cuti umum dan waktu urusan perniagaan.
    Mempunyai keupayaan berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik, bekerja keras, rajin dan bekerjasama.

    Faedah yang disediakan.

    Caruman SOCSO dan KWSP.
    Faedah perubatan.
    Latihan intensif diberikan.
    Uniform disediakan.
    5 hari bekerja.
    Persekitaran pekerjaan yang kondusif.

    Bagi yang berminat, permohonan adalah secara dalam talian sahaja melalui link dibawah.




    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Saturday, April 4, 2026

    Terdesak nak pakai wang tetapi arrahnu tutup? Ada arrahnu yang buka Sabtu Ahad ye ..


    Terdesak nak pakai duit pada hari Sabtu atau Ahad? Jangan risau sebenarnya ada je arrahnu yang buka pada hari hujung minggu. Arrahnu Cahaya jawapannya. 

    Ye anda boleh semak dimana ada cawangan Arrahnu Cahaya melalui link ini. [Cawangan Arrahnu Cahaya]

    Selain itu Arrahnu Cahaya juga dalam mood Aidilfitri lagi ni. Mereka menyambut pelanggan dengan pelbagai kempen menarik.





    Ya jika anda menggadai di Arrahnu Cahaya bermula 1April hingga 30 April 2026 anda berpeluang mendapat duit raya dari Arrahnu Cahaya! Tetapi tertakluk kepada terma dan syarat.

    Selain menggadai, Arrahnu Cahaya juga menerima emas anda untuk dibeli. Mereka membeli dengan harga yang boleh tahan tinggi juga. Boleh semak harga belian mereka dibawah🫡




    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Friday, April 3, 2026

    Jangan Terpedaya Gold bar murah. Sebenarnya mahal!


    Kepada pengumpul goldbar diluar sana, ini satu ilmu penting. Ambil tahu harga pergram walaupun berat tak sampai segram. Kerana apa? Kerana ramai ingat beli emas 0.1 gram ini murah sebab harga dia tak sampai RM200. Malah ada juga dipasaran berat 0.05 gram harga tak sampai seratus. Murah kan? Tidak.. sebenarnya mahal namapos!

    Berdasarkan gambar diatas, harga bagi 0.1g adalah RM124.10 sahaja. Tak sampai pun dua ratus. Tetapi kiralah harga pergram dia bersamaan RM1241 pergram! Mahal ke murah?



    Lihat ini pula, harga lagi murah dari yang diatas tu. Tetapi kiralah harga pergram dia. Pergi ke RM1058.60 per gram. Wow..

    Ini lagi murah RM60 boleh dapat sekeping gold bar..tapi berat hanya 0.05g! Jom kira harga pergram dia. RM1200 per gram. 

    Nampak tak? Anda jangan terpengaruh dengan harga yang murah, walhal sebenarnya sangat mahal.

    Jika anda kata anda tiada duit RM700 sedebuk untuk terus beli sekeping 1g, kenapa perlu bazir masa dan wang beli 0.1g? Bukankah sekarang ada pelbagai jenama menawarkan emas dalam bentuk digital. Anda boleh beli runcit-runcit serendah rm10 kedalam akaun emas anda. Cukup masa dan cukup gram, anda boleh tunaikan kepada fizikal. 

    Lagipun, mengikut kata sahabat saya yang bekerja di arrahnu, berat dibawah 0.5 akan ditolak untuk proses gadaian. Sangat merugikan walaupun anda ada emas ditangan.

    Beli mahal, kalau nak jual pun kedai akan ambil nilai sebenar yang mana jauh berbeza dengan harga belian. Contoh 0.1g anda beli rm120. Kalau harga buyback sekarang rm500 pergram, anda akan dibayar rm50 sahaja. Anda rugi lebih dari 50%. 

    Jadi nasihat saya kepada pembeli diluar sana, carilah emas yang berat 0.5g dan keatas. Kalau nak beli yang murah, face to face dengan agent yang dipercayai.🫡


    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Nak cari barang lelong arrahnu tapi malas masuk arrahnu? Jom bida barang lelong secara online sahaja!


    Adakah anda kaki beli barang lelong? Sememangnya barang lelong arrahnu ada peminatnya yang tersendiri. Selain harga yang murah dari harga pasaran pembeli juga akan mendapatkan kualiti yang terjamin ini kerana setiap barang yang masuk arrahnu selalunya akan disemak ketulinannya terlebih dahulu.

    Ada arrahnu yang mempamerkan barang lelongan di cawangan masing-masing. Anda perlulah peka dan sentiasa berhubungan dengan pengurus cawangan untuk mengetahui bilakah masanya mereka akan membuat lelongan awam. Contoh arrahnu yang membuat lelongan awam adalah Arrahnu KPF (Koperasi Permodalan Felda), Arrahnu Yapeim, Arrahnu Bank Rakyat , Arrahnu Exchange dan lain-lain.

    Ada juga arrahnu yang membuat lelongan secara dalam talian. Ini amat menarik dan boleh menarik minat pembeli yang duduk di kejauhan. Selalunya melalui cara ini, pihak arrahnu akan mempamerkan gambar dari pelbagai sisi, ukuran dimensi barangan dan catatan lain jika barangan kemik atau bengkok atau berbatu. Pembeli perlulah bijak jika memilih untuk membeli barangan melalui kaedah ini. Terma dan syarat perlulah dipatuhi sebelum membuat bidaan dalam talian ini.

    Setakat ini ada dua pemain arrahnu yang membuat proses lelongan secara dalam talian ini iaitu Ar-Rahn dan Arrahnu Bank Muamalat. Dibawah ini disediakan link untuk anda mendaftar dan memcuba proses lelongan awam secara dalam talian. Selamat mencuba!








    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Jika nak beli sekeping Gold Bar 1g jenama mana yang terbaik? Jom kita semak setiap jenama berdasarkan harga semasa.



    Ada duit nak beli gold bar 1gram? Tetapi tak tahu nak pilih yang mana satu? Jom kita semak satu persatu harga goldbar dari beberapa jenama yang biasa didengari di Malaysia.

    PAMP Suisse harga dia hari ini RM725.

    Habib pula menawarkan harga RM715

    Yapeim Gold Harga dia berbeza mengikut edisi. Tetapi Harga diletakkan antara RM685 hingga RM692 pergram.


    KAB Gold pula letak harga RM680 tetapi belum termasuk premium lagi tu. Lebih kurang harga upah la. Boleh jadi RM700 juga untuk gold bar 1gram dia.

    Public Gold ni ramai peminat. Agent dia pun ramai. Harga dekat website rasmi RM715, tapi kalau jumpa agent dia boleh dapat harga murah lagi kot kalau face to face beli.

    Tomei letak harga RM856 pfffttt :0

    Poh Kong letak harga 1g dia RM750



    Meem pulak letak harga RM675. Agak berpatutan juga.

    Terakhir kita semak harga SK Gold dia letak RM778.

    Kesimpulannya harga gold bar 1g dari Jenama Meem gold adalah paling murah. Tapi kalau anda jumpa ejen yang betul anda mungkin dapat lagi murah. Tapi pastikan beli dengan cara face to face bagi elakkan anda ditipu.






    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Jawatan kosong Arrahnu Koperasi Pegawai Tadbir Negeri Kedah cawangan Pendang. April 2026.


    Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman Bermad  mempelawa mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan sebagai:

    1.Penyelia Arrahnu
    2.Kerani Kaunter Arrahnu

    Kekosongan adalah di kawasan Pendang, Kedah. 

    Untuk jawatan Penyelia Arrahnu, gaji ditawarkan adalah antara RM1800 hingga RM2000. Calon mestilah mempunyai pengalaman lebih dari 2 tahun dalam bidang Arrahnu.

    Bagi jawatan Kerani Kaunter Arrahnu pula, gaji ditawarkan adalah RM1700. Jika mempunyai pengalaman dalam bidang arrahnu akan diberi keutamaan.

    Bagi mereka yang berminat, permohonan adalah secara dalam talian.

    Klik link dibawah untuk jawatan Penyelian Arrahnu.

    Klik link dibawah untuk jawatan Kerani Kaunter Arrahnu



    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Harga emas Arrahnu Pos 3 April 2026


    Harga emas arrahnu pos paha hari ini 3 April 2026.


    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Thursday, April 2, 2026

    Emas adalah perhiasan bernilai tinggi. Tetapi ajaran Islam mengharamkan lelaki memakai perhiasan emas..



    Pengharaman pemakaian emas bagi lelaki dalam Islam memang merupakan ketetapan hukum syarak (ta'abbudi). Namun, dari sudut sains dan perubatan, terdapat beberapa kajian dan teori yang cuba menjelaskan kesan logam mulia ini terhadap fisiologi lelaki.

    ​Berikut adalah penjelasan dari perspektif saintifik:

    ​1. Migrasi Atom Emas ke Dalam Kulit

    ​Kajian menunjukkan bahawa zarah-zarah halus emas boleh menyerap masuk ke dalam liang roma melalui proses yang dikenali sebagai migrasi atom. Apabila emas dipakai pada kulit untuk tempoh yang lama, atom logam ini boleh meresap masuk ke dalam saluran darah dan sistem limfa.

    ​2. Kesan terhadap Hormon dan Sistem Pembiakan

    ​Beberapa pandangan saintifik mencadangkan bahawa kehadiran zarah emas dalam darah lelaki boleh memberi kesan negatif kepada sistem hormon:

    • Kualiti Sperma: Terdapat hipotesis bahawa pengumpulan zarah emas dalam badan lelaki boleh mengganggu fungsi testis dan menurunkan kualiti serta kuantiti sperma.
    • Ketidakseimbangan Hormon: Lelaki mempunyai komposisi hormon yang berbeza dengan wanita. Kehadiran logam berat tertentu dalam sistem darah lelaki dikaitkan dengan risiko gangguan kesuburan.

    ​3. Perbezaan Fisiologi: Lelaki vs Wanita

    ​Persoalan sering timbul mengapa wanita dibenarkan memakai emas. Jawapan saintifiknya terletak pada kitaran biologi wanita:

    • Kitaran Haid: Wanita mengalami proses peluruhan dinding rahim dan pengeluaran darah setiap bulan. Proses ini membantu menyingkirkan zarah-zarah logam atau toksin yang mungkin meresap ke dalam darah, termasuk zarah emas.
    • Sistem Penapisan: Lelaki tidak mempunyai mekanisme semula jadi untuk mengeluarkan zarah logam tersebut dari sistem darah sekerap wanita, menyebabkan risiko pengumpulan (bioaccumulation) yang lebih tinggi.

    ​4. Penyakit Alzheimer dan Masalah Saraf

    ​Beberapa kajian kecil dalam bidang neurologi pernah mengaitkan kehadiran zarah logam yang berlebihan dalam darah dengan risiko penyakit degeneratif saraf seperti Alzheimer. Walaupun kajian ini masih memerlukan bukti yang lebih kukuh dan menyeluruh, ia menjadi antara hujah sains yang sering dibincangkan mengenai kesan pemakaian logam berat pada kulit lelaki.

    ​Kesimpulan

    ​Secara ringkasnya, sains melihat emas sebagai logam yang stabil tetapi boleh meresap ke dalam tisu badan. Bagi lelaki, ketiadaan mekanisme penyingkiran darah secara berkala (seperti haid pada wanita) menjadikan mereka lebih terdedah kepada kesan jangka panjang pengumpulan logam tersebut dalam sistem badan.

    ​Walau bagaimanapun, bagi umat Islam, hikmah terbesar pengharaman ini tetap berbalik kepada kepatuhan beragama, manakala penemuan sains ini dianggap sebagai sokongan atau penjelasan tambahan terhadap kebenaran wahyu.

    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Perbezaan gadaian dan upah simpan. Simulasi hari ini mengikut harga emas pelbagai arrahnu.


    Pernah terfikir kenapa harga emas arrahnu berbeza dan upah simpan pun berbeza? Jawapan simple adalah setiap pengendali arrahnu ada ketetapan tersendiri. Sama seperti kaedah kedai emas. Setiap kedai emas mempunyai harga emas tersendiri dan kos upah tersendiri yang berbeza berbanding kedai sebelah. Begitulah jua arrahnu. Tinggal kita sendiri untuk mencari yang mana harga terbaik.

    Hari ini berdasarkan harga emas 2 April 2026, mari kita cuba simulasikan beberapa kedai arrahnu terpilih untuk mencari harga gadaian terbaik dan upah simpan terbaik. Untuk itu hari ini kita mencuba kalkulator Arrahnu Yapeim, Arrahnu Bank Muamalat, Arrahnu CBP Bank dan Arrahnu Tekun. Untuk simulasi ini kita gunakan berat emas yang sama dan mutu yang sama iaitu Emas 22k (916) seberat 10g untuk diletakkan kesemua arrahnu yang kita sebutkan tadi. Jom kita analisis dibawah.

    Simulasi kalkulator Arrahnu Exchange VS Arrahnu Tekun VS  Arrahnu Bank Muamalat VS Arrahnu CBP Bank VS Arrahnu KOPONAS VS Arrahnu KPDRM (Koperasi PDRM).

    Arrahnu KPDRM:
    Nilai Marhun: RM6118.90
    Pinjaman Max: RM4890
    Upah simpan 6 bulan: RM293.64



    Arrahnu Bank Muamalat:
    Nilai Marhun: RM6586.40
    Pinjaman Max: RM5260.00
    Upah simpan 6 bulan: RM295.88



    Arrahnu KOPONAS:
    Nilai Marhun: RM5990.10
    Pinjaman Max: RM4790.00
    Upah simpan 6 bulan: RM287.40



    Arrahnu Tekun:
    Nilai Marhun: RM5689.80
    Pinjaman Max: RM4260.00
    Upah simpan 6 bulan: RM290.97



    Arrahnu: CBP Bank
    Nilai Marhun: RM56320.00
    Pinjaman Max: RM5050
    Upah simpan 6 bulan: RM227.87



    Arrahnu Exchange:
    Nilai Marhun: RM6482.10
    Pinjaman Max: RM5180.00
    Upah simpan 6 bulan: RM311.99


    Berdasarkan simulasi hari ini Arrahnu Bank Muamalat memberikan Pinjaman yang tertinggi.

    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Harga emas mengikut Arrahnu 2 April 2026.


    Tersungkurnya italy di pintu WC2026 disambut baik oleh pemain emas utama dunia menyebabkan harga emas masih mendaki buat hari ke 4 berturut-turut.

    Jom semak harga emas bagi semua Arrahnu di Malaysia pada hari ini melalui pautan dibawah.



    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Wednesday, April 1, 2026

    Pelbagai kekosongan jawatan di Arrahnu Express April 2026.


    HABIB Group adalah syarikat konglomerat yang terlibat dalam operasi penjualan dan penghasilan barangan kemas menerusi Habib Jewels dan Hearts On Fire™, fesyen dan gaya hidup menerusi PANDORA dan Ice-Watch, pembiayaan mikro Islamik AR-RAHNU EXPRESS dan hospitaliti menerusi Jewels Hotel. HABIB Group mempunyai lebih 1200 orang kakitangan secara keseluruhan.

    Arrahnu Express kini membuka peluang untuk mereka yang berminat untuk menyertai mereka bagi jawatan 
    1. Pengurus Cawangan di Cawangan Plaza Shah Alam
    2. Pengurus Cawangan di Cawangan Plaza Angsana Mall, Johor
    3. Pegawai Khidmat Pelanggan di cawangan berikut:
        Ampang Point
        Sri Gombak
        Sungai Buloh
        PKNS, Shah Alam
        Mydin Mall, USJ
        Angsana Mall, JB
        Plaza Shah Alam
        Tunjong , Kelantan
        Kuantan
        Bandar Baru Bangi


    Kriteria Diperlukan.

    Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun.
    Kelayakan minimum SPM.
    Boleh berkomunikasi dengan baik
    Berketerampilan menarik.
    Mahir dalam mengendalikan komputer.
    Berpengalaman dalam pengurusan pelanggan (jika ada).
    Calon yang boleh bekerja pada hujung minggu, cuti umum dan waktu urusan perniagaan.
    Mempunyai keupayaan berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik, bekerja keras, rajin dan bekerjasama.

    Faedah yang disediakan.

    Caruman SOCSO dan KWSP.
    Faedah perubatan.
    Latihan intensif diberikan.
    Uniform disediakan.
    5 hari bekerja.
    Persekitaran pekerjaan yang kondusif.

    Bagi yang berminat, permohonan adalah secara dalam talian sahaja melalui link dibawah.
    https://arrahnuexpress.com/kerjaya/


    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Peluang menangi pelbagai hadiah menarik dengan membuat transaksi di Agrobank. Kempen 2026.


    Agrobank kembali dengan Kempen Mega Million 3.0 Raya 2026. Pada kali ini pelbagai hadiah menarik menanti kepada pelanggan bertuah mereka. Antara hadiah utama adalah kenderaan pikap dan utiliti, motor skuter, kepingan emas dan wang tunai.

    Tempoh kempen adalah bermula 15 Mac 2026 hingga 31 mei 2026. Masih ada masa untuk anda menjadi insan yang bertuah. Hadir ke cawangan Agrobank terdekat untuk pertanyaan lanjut.



    JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

    Jawatan Kosong GM Koperasi Sepakat Berjasa ( Arrahnu Jaya )

    Jika anda berpengalaman banyak dalam bidang arrahnu, dan ingin lari dari kesibukan kerja dan stress di tempat kerja sekarang, anda mungkin b...