Tuesday, March 31, 2026

Perbezaan harga arrahnu dan upah simpan. Simulasi hari ini.


Pernah terfikir kenapa harga emas arrahnu berbeza dan upah simpan pun berbeza? Jawapan simple adalah setiap pengendali arrahnu ada ketetapan tersendiri. Sama seperti kaedah kedai emas. Setiap kedai emas mempunyai harga emas tersendiri dan kos upah tersendiri yang berbeza berbanding kedai sebelah. Begitulah jua arrahnu. Tinggal kita sendiri untuk mencari yang mana harga terbaik.

Hari ini berdasarkan harga emas 31 mac 2026, mari kita cuba simulasikan beberapa kedai arrahnu terpilih untuk mencari harga gadaian terbaik dan upah simpan terbaik. Untuk itu hari ini kita mencuba kalkulator Arrahnu Yapeim, Arrahnu Bank Muamalat, Arrahnu CBP Bank dan Arrahnu Tekun. Untuk simulasi ini kita gunakan berat emas yang sama dan mutu yang sama iaitu Emas 22k (916) seberat 10g untuk diletakkan kesemua arrahnu yang kita sebutkan tadi. Jom kita analisis dibawah.

Simulasi kalkulator Arrahnu Tekun VS Arrahnu CBP Bank VS Arrahnu Bank Muamalat VS Arrahnu Yapeim hari ini 31 Mac 2026.

Arrahnu Tekun:
Nilai Marhun: RM5390.20
Pinjaman Max: RM4040
Upah simpan 6 bulan: RM277.16



Arrahnu CBP Bank
Nilai Marhun: RM6010.00
Pinjaman Max: RM4808
Upah simpan 6 bulan: RM216.95



Arrahnu Bank Muamalat
Nilai Marhun: RM5879.60
Pinjaman Max: RM4700
Upah simpan 6 bulan: RM264.38




Arrahnu Yapeim
Nilai Marhun: RM5740
Pinjaman Max: RM4592
Upah simpan 6 bulan: RM254.76

Berdasarkan simulasi kalkulator antara 4 pengendali arrahnu diatas, dapat disimpulkan Arrahnu CBP Bank antara pemberi nilai tertinggi dan upah simpan terendah.


*Penafian - pengiraan diatas adalah simulasi sahaja berdasarkan kalkulator arrahnu di internet.
*Untuk pengiraan sebenar anda boleh menghubungi mereka secara terus.

Selepas ini anda mahu kami bandingkan arrahnu yang mana? beri input dalam komen dibawah.

JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong GM Koperasi Sepakat Berjasa ( Arrahnu Jaya )

Jika anda berpengalaman banyak dalam bidang arrahnu, dan ingin lari dari kesibukan kerja dan stress di tempat kerja sekarang, anda mungkin b...