Wednesday, May 6, 2026

Harga emas dan simulasi Pos Arrahnu Vs Bank Muamalat Vs ArRahnu Xpress pada 6hb May 2026


Harga emas hari ini naik banyak berbanding semalam. Harga emas sangat tidak menentu sekarang. Turun naik yang cepat dan pada kadar yang tinggi. Namun masih lagi rendah berbanding pada saat sebelum perang US IRAN Israel terjadi. Harus diingat, Pada masa hadapan, harga emas akan stabil dan akan meroket semula, jadi ini adalah masa untuk beli emas JIKA ANDA ADA WANG.

Berbalik kepada tajuk diatas, hari ini kita akan buat simulasi antara 3 pemain arrahnu yang popular dan mempunyai cawangan yang banyak. Kita letak 10g emas bermutu 916 pada ketiga-tiga cawangan arrahnu ini iaitu Arrahnu Pos, Arrahnu Bank Muamalat dan Arrahnu Express. Mari kita bandingkan nilai marhun, nilai pinjaman dan upah simpan.



Arrahnu POS/ 916 10g
Nilai Marhun: RM5268.20
Nilai Pinjaman: 75% = RM3951
Upah simpan 6 bulan= RM300.30
*catatan - pembiayaan untuk awam adalah 75% / 80% adalah untuk staff Pos dan ketika musim perayaan sahaja.



Arrahnu Yapeim / 916 10g
Nilai Marhun: RM5820.00
Nilai Pinjaman: 80% = RM4656
Upah simpan 6 bulan= RM344.42



Arrahnu Bank Muamalat / 916 10g
Nilai Marhun: RM6086.30
Nilai Pinjaman: 75% =RM4564 
Upah simpan 6 bulan= RM256.73

Berdasarkan simulasi diatas, anda sebagai pengguna berhak tentukan pilihan anda. Kalau sanggup menunggu lama boleh la ke bank. Kalau nak cepat, sup sap sup sap siap pergilah ke arrahnu bukan bank.


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong GM Koperasi Sepakat Berjasa ( Arrahnu Jaya )

Jika anda berpengalaman banyak dalam bidang arrahnu, dan ingin lari dari kesibukan kerja dan stress di tempat kerja sekarang, anda mungkin b...