Arrahnu Yapeim merupakan antara perintis kepada sistem pajak gadai Islam di Malaysia. Mereka bermula pada 1992 dengan kerjasama Bank Rakyat. Sehingga kini mereka mempunai lebih dari 200 cawangan di seluruh negara.
Di premis Yapeim, selain urusan pajak gadai (arrahnu) pelanggan juga boleh membuat pelbagai urusan lain seperti cuci emas, membuka tabung ibadah korban, ejen Bank Islam (boleh tambah dan keluar duit Bank Islam),bayaran zakat (Kedah sahaja), menjual emas dan juga boleh membeli emas melalui cawangan-cawangan yang terpilih. Banyak juga bisnes yang Yapeim buat selain urusan arrahnu ye.
No comments:
Post a Comment