Trend harga emas yang naik sikit dan turun banyak ini amat membimbangkan. Ini menyebabkan pelanggan arrahnu tidak boleh merasa duit 'overlap' lagi. Jika sebelum ini, harga emas naik setiap bulan, pelanggan akan kerap masuk ke arrahnu untuk membuat overlap. Setiap kali itulah mereka mendapat duit hasil dari overlap surat gadai itu. Daripada gadaian asal berjumlah hanya RM3000, selepas beberapa bulan surat gadaian mereka menjadi RM5000. Duit sedap dapat tanpa sedar mereka sendiri menaikkan hutang.
Tetapi tindakan kaki overlap ini bakal menjerut leher sendiri kerana harga emas tidak lagi mesra untuk overlap. Tinjauan mendapati harga emas berada dalam proses ketidakstabilan. Selalunya overlap pada surat matang akan dibuat pada bulan ke 6 gadaian. Sekarang ini bulan April sesiapa yang mahu buat overlap, harga emas pada bulan Oktober tahun lepas hanya berbeza sedikit. Pelanggan masih juga perlu membawa duit untuk menampung upah simpan 6 bulan. Pelanggan sudah tidak lagi dapat merasa duit lebihan dari proses overlap.
Diingatkan kepada mereka yang akan matang 6 bulan pada masa ini dan bulan-bulan mendatang, sediakan duit untuk membayar upah simpan 6 bulan bagi mengelakkan barang kena lelong!
No comments:
Post a Comment