Wednesday, April 22, 2026

Bayar upah simpan untuk elak kena lelong. Trend Harga emas menurun. membimbangkan. Pakar.



Trend harga emas yang naik sikit dan turun banyak ini amat membimbangkan. Ini menyebabkan pelanggan arrahnu tidak boleh merasa duit 'overlap' lagi. Jika sebelum ini, harga emas naik setiap bulan, pelanggan akan kerap masuk ke arrahnu untuk membuat overlap. Setiap kali itulah mereka mendapat duit hasil dari overlap surat gadai itu. Daripada gadaian asal berjumlah hanya RM3000, selepas beberapa bulan surat gadaian mereka menjadi RM5000. Duit sedap dapat tanpa sedar mereka sendiri menaikkan hutang.

Tetapi tindakan kaki overlap ini bakal menjerut leher sendiri kerana harga emas tidak lagi mesra untuk overlap. Tinjauan mendapati harga emas berada dalam proses ketidakstabilan. Selalunya overlap pada surat matang akan dibuat pada bulan ke 6 gadaian. Sekarang ini bulan April sesiapa yang mahu buat overlap, harga emas pada bulan Oktober tahun lepas hanya berbeza sedikit. Pelanggan masih juga perlu membawa duit untuk menampung upah simpan 6 bulan. Pelanggan sudah tidak lagi dapat merasa duit lebihan dari proses overlap.

Diingatkan kepada mereka yang akan matang 6 bulan pada masa ini dan bulan-bulan mendatang, sediakan duit untuk membayar upah simpan 6 bulan bagi mengelakkan barang kena lelong!



JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Thursday, April 16, 2026

Empat lelaki larikan emas bernilai RM9. 7 juta pagi tadi



Empat lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol melarikan kira-kira 15 kilogram emas bernilai RM9.7 juta dalam rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, suspek turut melarikan sepucuk senapang patah milik pengawal keselamatan premis itu bersama sebutir peluru.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 




JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Jawatan Kosong Arrahnu April 2026.


HABIB Group adalah syarikat konglomerat yang terlibat dalam operasi penjualan dan penghasilan barangan kemas menerusi Habib Jewels dan Hearts On Fire™, fesyen dan gaya hidup menerusi PANDORA dan Ice-Watch, pembiayaan mikro Islamik AR-RAHNU EXPRESS dan hospitaliti menerusi Jewels Hotel. HABIB Group mempunyai lebih 1200 orang kakitangan secara keseluruhan.

Arrahnu Express kini membuka peluang untuk mereka yang berminat untuk menyertai mereka bagi jawatan

1. Pengurus Cawangan di Cawangan Kuantan dan Cawangan Seberang Jaya.



Kriteria Diperlukan.

Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Kelayakan minimum SPM.
Boleh berkomunikasi dengan baik
Berketerampilan menarik.
Mahir dalam mengendalikan komputer.
Berpengalaman dalam pengurusan pelanggan (jika ada).
Calon yang boleh bekerja pada hujung minggu, cuti umum dan waktu urusan perniagaan.
Mempunyai keupayaan berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik, bekerja keras, rajin dan bekerjasama.

Faedah yang disediakan.

Caruman SOCSO dan KWSP.
Faedah perubatan.
Latihan intensif diberikan.
Uniform disediakan.
5 hari bekerja.
Persekitaran pekerjaan yang kondusif.

Bagi yang berminat, permohonan adalah secara dalam talian sahaja melalui link dibawah.




JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Saturday, April 4, 2026

Terdesak nak pakai wang tetapi arrahnu tutup? Ada arrahnu yang buka Sabtu Ahad ye ..


Terdesak nak pakai duit pada hari Sabtu atau Ahad? Jangan risau sebenarnya ada je arrahnu yang buka pada hari hujung minggu. Arrahnu Cahaya jawapannya. 

Ye anda boleh semak dimana ada cawangan Arrahnu Cahaya melalui link ini. [Cawangan Arrahnu Cahaya]

Selain itu Arrahnu Cahaya juga dalam mood Aidilfitri lagi ni. Mereka menyambut pelanggan dengan pelbagai kempen menarik.





Ya jika anda menggadai di Arrahnu Cahaya bermula 1April hingga 30 April 2026 anda berpeluang mendapat duit raya dari Arrahnu Cahaya! Tetapi tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain menggadai, Arrahnu Cahaya juga menerima emas anda untuk dibeli. Mereka membeli dengan harga yang boleh tahan tinggi juga. Boleh semak harga belian mereka dibawah🫡




JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Friday, April 3, 2026

Jangan Terpedaya Gold bar murah. Sebenarnya mahal!


Kepada pengumpul goldbar diluar sana, ini satu ilmu penting. Ambil tahu harga pergram walaupun berat tak sampai segram. Kerana apa? Kerana ramai ingat beli emas 0.1 gram ini murah sebab harga dia tak sampai RM200. Malah ada juga dipasaran berat 0.05 gram harga tak sampai seratus. Murah kan? Tidak.. sebenarnya mahal namapos!

Berdasarkan gambar diatas, harga bagi 0.1g adalah RM124.10 sahaja. Tak sampai pun dua ratus. Tetapi kiralah harga pergram dia bersamaan RM1241 pergram! Mahal ke murah?



Lihat ini pula, harga lagi murah dari yang diatas tu. Tetapi kiralah harga pergram dia. Pergi ke RM1058.60 per gram. Wow..

Ini lagi murah RM60 boleh dapat sekeping gold bar..tapi berat hanya 0.05g! Jom kira harga pergram dia. RM1200 per gram. 

Nampak tak? Anda jangan terpengaruh dengan harga yang murah, walhal sebenarnya sangat mahal.

Jika anda kata anda tiada duit RM700 sedebuk untuk terus beli sekeping 1g, kenapa perlu bazir masa dan wang beli 0.1g? Bukankah sekarang ada pelbagai jenama menawarkan emas dalam bentuk digital. Anda boleh beli runcit-runcit serendah rm10 kedalam akaun emas anda. Cukup masa dan cukup gram, anda boleh tunaikan kepada fizikal. 

Lagipun, mengikut kata sahabat saya yang bekerja di arrahnu, berat dibawah 0.5 akan ditolak untuk proses gadaian. Sangat merugikan walaupun anda ada emas ditangan.

Beli mahal, kalau nak jual pun kedai akan ambil nilai sebenar yang mana jauh berbeza dengan harga belian. Contoh 0.1g anda beli rm120. Kalau harga buyback sekarang rm500 pergram, anda akan dibayar rm50 sahaja. Anda rugi lebih dari 50%. 

Jadi nasihat saya kepada pembeli diluar sana, carilah emas yang berat 0.5g dan keatas. Kalau nak beli yang murah, face to face dengan agent yang dipercayai.🫡


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Nak cari barang lelong arrahnu tapi malas masuk arrahnu? Jom bida barang lelong secara online sahaja!


Adakah anda kaki beli barang lelong? Sememangnya barang lelong arrahnu ada peminatnya yang tersendiri. Selain harga yang murah dari harga pasaran pembeli juga akan mendapatkan kualiti yang terjamin ini kerana setiap barang yang masuk arrahnu selalunya akan disemak ketulinannya terlebih dahulu.

Ada arrahnu yang mempamerkan barang lelongan di cawangan masing-masing. Anda perlulah peka dan sentiasa berhubungan dengan pengurus cawangan untuk mengetahui bilakah masanya mereka akan membuat lelongan awam. Contoh arrahnu yang membuat lelongan awam adalah Arrahnu KPF (Koperasi Permodalan Felda), Arrahnu Yapeim, Arrahnu Bank Rakyat , Arrahnu Exchange dan lain-lain.

Ada juga arrahnu yang membuat lelongan secara dalam talian. Ini amat menarik dan boleh menarik minat pembeli yang duduk di kejauhan. Selalunya melalui cara ini, pihak arrahnu akan mempamerkan gambar dari pelbagai sisi, ukuran dimensi barangan dan catatan lain jika barangan kemik atau bengkok atau berbatu. Pembeli perlulah bijak jika memilih untuk membeli barangan melalui kaedah ini. Terma dan syarat perlulah dipatuhi sebelum membuat bidaan dalam talian ini.

Setakat ini ada dua pemain arrahnu yang membuat proses lelongan secara dalam talian ini iaitu Ar-Rahn dan Arrahnu Bank Muamalat. Dibawah ini disediakan link untuk anda mendaftar dan memcuba proses lelongan awam secara dalam talian. Selamat mencuba!








JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Jika nak beli sekeping Gold Bar 1g jenama mana yang terbaik? Jom kita semak setiap jenama berdasarkan harga semasa.



Ada duit nak beli gold bar 1gram? Tetapi tak tahu nak pilih yang mana satu? Jom kita semak satu persatu harga goldbar dari beberapa jenama yang biasa didengari di Malaysia.

PAMP Suisse harga dia hari ini RM725.

Habib pula menawarkan harga RM715

Yapeim Gold Harga dia berbeza mengikut edisi. Tetapi Harga diletakkan antara RM685 hingga RM692 pergram.


KAB Gold pula letak harga RM680 tetapi belum termasuk premium lagi tu. Lebih kurang harga upah la. Boleh jadi RM700 juga untuk gold bar 1gram dia.

Public Gold ni ramai peminat. Agent dia pun ramai. Harga dekat website rasmi RM715, tapi kalau jumpa agent dia boleh dapat harga murah lagi kot kalau face to face beli.

Tomei letak harga RM856 pfffttt :0

Poh Kong letak harga 1g dia RM750



Meem pulak letak harga RM675. Agak berpatutan juga.

Terakhir kita semak harga SK Gold dia letak RM778.

Kesimpulannya harga gold bar 1g dari Jenama Meem gold adalah paling murah. Tapi kalau anda jumpa ejen yang betul anda mungkin dapat lagi murah. Tapi pastikan beli dengan cara face to face bagi elakkan anda ditipu.






JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Jawatan Kosong GM Koperasi Sepakat Berjasa ( Arrahnu Jaya )

Jika anda berpengalaman banyak dalam bidang arrahnu, dan ingin lari dari kesibukan kerja dan stress di tempat kerja sekarang, anda mungkin b...