Friday, April 3, 2026

Jawatan kosong Arrahnu Koperasi Pegawai Tadbir Negeri Kedah cawangan Pendang. April 2026.


Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman Bermad  mempelawa mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan sebagai:

1.Penyelia Arrahnu
2.Kerani Kaunter Arrahnu

Kekosongan adalah di kawasan Pendang, Kedah. 

Untuk jawatan Penyelia Arrahnu, gaji ditawarkan adalah antara RM1800 hingga RM2000. Calon mestilah mempunyai pengalaman lebih dari 2 tahun dalam bidang Arrahnu.

Bagi jawatan Kerani Kaunter Arrahnu pula, gaji ditawarkan adalah RM1700. Jika mempunyai pengalaman dalam bidang arrahnu akan diberi keutamaan.

Bagi mereka yang berminat, permohonan adalah secara dalam talian.

Klik link dibawah untuk jawatan Penyelian Arrahnu.

Klik link dibawah untuk jawatan Kerani Kaunter Arrahnu



JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Harga emas Arrahnu Pos 3 April 2026


Harga emas arrahnu pos paha hari ini 3 April 2026.


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Thursday, April 2, 2026

Emas adalah perhiasan bernilai tinggi. Tetapi ajaran Islam mengharamkan lelaki memakai perhiasan emas..



Pengharaman pemakaian emas bagi lelaki dalam Islam memang merupakan ketetapan hukum syarak (ta'abbudi). Namun, dari sudut sains dan perubatan, terdapat beberapa kajian dan teori yang cuba menjelaskan kesan logam mulia ini terhadap fisiologi lelaki.

​Berikut adalah penjelasan dari perspektif saintifik:

​1. Migrasi Atom Emas ke Dalam Kulit

​Kajian menunjukkan bahawa zarah-zarah halus emas boleh menyerap masuk ke dalam liang roma melalui proses yang dikenali sebagai migrasi atom. Apabila emas dipakai pada kulit untuk tempoh yang lama, atom logam ini boleh meresap masuk ke dalam saluran darah dan sistem limfa.

​2. Kesan terhadap Hormon dan Sistem Pembiakan

​Beberapa pandangan saintifik mencadangkan bahawa kehadiran zarah emas dalam darah lelaki boleh memberi kesan negatif kepada sistem hormon:

  • Kualiti Sperma: Terdapat hipotesis bahawa pengumpulan zarah emas dalam badan lelaki boleh mengganggu fungsi testis dan menurunkan kualiti serta kuantiti sperma.
  • Ketidakseimbangan Hormon: Lelaki mempunyai komposisi hormon yang berbeza dengan wanita. Kehadiran logam berat tertentu dalam sistem darah lelaki dikaitkan dengan risiko gangguan kesuburan.

​3. Perbezaan Fisiologi: Lelaki vs Wanita

​Persoalan sering timbul mengapa wanita dibenarkan memakai emas. Jawapan saintifiknya terletak pada kitaran biologi wanita:

  • Kitaran Haid: Wanita mengalami proses peluruhan dinding rahim dan pengeluaran darah setiap bulan. Proses ini membantu menyingkirkan zarah-zarah logam atau toksin yang mungkin meresap ke dalam darah, termasuk zarah emas.
  • Sistem Penapisan: Lelaki tidak mempunyai mekanisme semula jadi untuk mengeluarkan zarah logam tersebut dari sistem darah sekerap wanita, menyebabkan risiko pengumpulan (bioaccumulation) yang lebih tinggi.

​4. Penyakit Alzheimer dan Masalah Saraf

​Beberapa kajian kecil dalam bidang neurologi pernah mengaitkan kehadiran zarah logam yang berlebihan dalam darah dengan risiko penyakit degeneratif saraf seperti Alzheimer. Walaupun kajian ini masih memerlukan bukti yang lebih kukuh dan menyeluruh, ia menjadi antara hujah sains yang sering dibincangkan mengenai kesan pemakaian logam berat pada kulit lelaki.

​Kesimpulan

​Secara ringkasnya, sains melihat emas sebagai logam yang stabil tetapi boleh meresap ke dalam tisu badan. Bagi lelaki, ketiadaan mekanisme penyingkiran darah secara berkala (seperti haid pada wanita) menjadikan mereka lebih terdedah kepada kesan jangka panjang pengumpulan logam tersebut dalam sistem badan.

​Walau bagaimanapun, bagi umat Islam, hikmah terbesar pengharaman ini tetap berbalik kepada kepatuhan beragama, manakala penemuan sains ini dianggap sebagai sokongan atau penjelasan tambahan terhadap kebenaran wahyu.

JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Perbezaan gadaian dan upah simpan. Simulasi hari ini mengikut harga emas pelbagai arrahnu.


Pernah terfikir kenapa harga emas arrahnu berbeza dan upah simpan pun berbeza? Jawapan simple adalah setiap pengendali arrahnu ada ketetapan tersendiri. Sama seperti kaedah kedai emas. Setiap kedai emas mempunyai harga emas tersendiri dan kos upah tersendiri yang berbeza berbanding kedai sebelah. Begitulah jua arrahnu. Tinggal kita sendiri untuk mencari yang mana harga terbaik.

Hari ini berdasarkan harga emas 2 April 2026, mari kita cuba simulasikan beberapa kedai arrahnu terpilih untuk mencari harga gadaian terbaik dan upah simpan terbaik. Untuk itu hari ini kita mencuba kalkulator Arrahnu Yapeim, Arrahnu Bank Muamalat, Arrahnu CBP Bank dan Arrahnu Tekun. Untuk simulasi ini kita gunakan berat emas yang sama dan mutu yang sama iaitu Emas 22k (916) seberat 10g untuk diletakkan kesemua arrahnu yang kita sebutkan tadi. Jom kita analisis dibawah.

Simulasi kalkulator Arrahnu Exchange VS Arrahnu Tekun VS  Arrahnu Bank Muamalat VS Arrahnu CBP Bank VS Arrahnu KOPONAS VS Arrahnu KPDRM (Koperasi PDRM).

Arrahnu KPDRM:
Nilai Marhun: RM6118.90
Pinjaman Max: RM4890
Upah simpan 6 bulan: RM293.64



Arrahnu Bank Muamalat:
Nilai Marhun: RM6586.40
Pinjaman Max: RM5260.00
Upah simpan 6 bulan: RM295.88



Arrahnu KOPONAS:
Nilai Marhun: RM5990.10
Pinjaman Max: RM4790.00
Upah simpan 6 bulan: RM287.40



Arrahnu Tekun:
Nilai Marhun: RM5689.80
Pinjaman Max: RM4260.00
Upah simpan 6 bulan: RM290.97



Arrahnu: CBP Bank
Nilai Marhun: RM56320.00
Pinjaman Max: RM5050
Upah simpan 6 bulan: RM227.87



Arrahnu Exchange:
Nilai Marhun: RM6482.10
Pinjaman Max: RM5180.00
Upah simpan 6 bulan: RM311.99


Berdasarkan simulasi hari ini Arrahnu Bank Muamalat memberikan Pinjaman yang tertinggi.

JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Harga emas mengikut Arrahnu 2 April 2026.


Tersungkurnya italy di pintu WC2026 disambut baik oleh pemain emas utama dunia menyebabkan harga emas masih mendaki buat hari ke 4 berturut-turut.

Jom semak harga emas bagi semua Arrahnu di Malaysia pada hari ini melalui pautan dibawah.



JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Wednesday, April 1, 2026

Pelbagai kekosongan jawatan di Arrahnu Express April 2026.


HABIB Group adalah syarikat konglomerat yang terlibat dalam operasi penjualan dan penghasilan barangan kemas menerusi Habib Jewels dan Hearts On Fire™, fesyen dan gaya hidup menerusi PANDORA dan Ice-Watch, pembiayaan mikro Islamik AR-RAHNU EXPRESS dan hospitaliti menerusi Jewels Hotel. HABIB Group mempunyai lebih 1200 orang kakitangan secara keseluruhan.

Arrahnu Express kini membuka peluang untuk mereka yang berminat untuk menyertai mereka bagi jawatan 
1. Pengurus Cawangan di Cawangan Plaza Shah Alam
2. Pengurus Cawangan di Cawangan Plaza Angsana Mall, Johor
3. Pegawai Khidmat Pelanggan di cawangan berikut:
    Ampang Point
    Sri Gombak
    Sungai Buloh
    PKNS, Shah Alam
    Mydin Mall, USJ
    Angsana Mall, JB
    Plaza Shah Alam
    Tunjong , Kelantan
    Kuantan
    Bandar Baru Bangi


Kriteria Diperlukan.

Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Kelayakan minimum SPM.
Boleh berkomunikasi dengan baik
Berketerampilan menarik.
Mahir dalam mengendalikan komputer.
Berpengalaman dalam pengurusan pelanggan (jika ada).
Calon yang boleh bekerja pada hujung minggu, cuti umum dan waktu urusan perniagaan.
Mempunyai keupayaan berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik, bekerja keras, rajin dan bekerjasama.

Faedah yang disediakan.

Caruman SOCSO dan KWSP.
Faedah perubatan.
Latihan intensif diberikan.
Uniform disediakan.
5 hari bekerja.
Persekitaran pekerjaan yang kondusif.

Bagi yang berminat, permohonan adalah secara dalam talian sahaja melalui link dibawah.
https://arrahnuexpress.com/kerjaya/


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Peluang menangi pelbagai hadiah menarik dengan membuat transaksi di Agrobank. Kempen 2026.


Agrobank kembali dengan Kempen Mega Million 3.0 Raya 2026. Pada kali ini pelbagai hadiah menarik menanti kepada pelanggan bertuah mereka. Antara hadiah utama adalah kenderaan pikap dan utiliti, motor skuter, kepingan emas dan wang tunai.

Tempoh kempen adalah bermula 15 Mac 2026 hingga 31 mei 2026. Masih ada masa untuk anda menjadi insan yang bertuah. Hadir ke cawangan Agrobank terdekat untuk pertanyaan lanjut.



JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Jawatan Kosong GM Koperasi Sepakat Berjasa ( Arrahnu Jaya )

Jika anda berpengalaman banyak dalam bidang arrahnu, dan ingin lari dari kesibukan kerja dan stress di tempat kerja sekarang, anda mungkin b...