Tuesday, May 26, 2026

Bank Rakyat Perkenal 2 produk baru memudahkan pelanggan arrahnu



Bank Rakyat telah memperkenalkan kemudahan Virtual Ar-Rahnu-i dan Pembiayaan Semula Ar-Rahnu (e-Overlap) bagi memudahkan pelanggan mendapatkan pembiayaan secara digital. 

Kemudahan ini diperkenalkan melalui platform iRakyat dan bertujuan memberi proses yang lebih cepat, mudah serta fleksibel kepada pengguna.

Melalui Virtual Ar-Rahnu-i, pelanggan yang mempunyai Akaun-i eGold boleh menggunakan simpanan emas digital mereka sebagai cagaran untuk mendapatkan tunai segera tanpa perlu menjual emas tersebut. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah antara RM100 hingga RM500,000 bergantung kepada kelayakan pelanggan.

Selain itu, kemudahan e-Overlap pula membolehkan pelanggan Ar-Rahnu sedia ada membuat pembiayaan semula secara dalam talian berdasarkan harga emas semasa. Pelanggan juga boleh menikmati tambahan pembiayaan sekiranya harga emas meningkat tanpa perlu membuat gadaian baharu. Kemudahan ini menawarkan margin pembiayaan sehingga RM350,000 atau maksimum 80 peratus daripada nilai emas semasa.

Kesimpulannya, pengenalan perkhidmatan digital ini membuktikan usaha Bank Rakyat dalam memodenkan sistem Ar-Rahnu agar lebih mudah diakses oleh masyarakat, selain membantu pelanggan mendapatkan pembiayaan dengan lebih pantas dan selamat tanpa perlu hadir ke cawangan.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/bisnes/2026/05/1360458/virtual-ar-rahnu-i-tawar-pembiayaan-fleksibel-hingga-rm500k
JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Saturday, May 16, 2026

Arrahnu Emas by Koperasi Serbaguna Kakitangan Mas Malaysia Berhad.



Arrahnu Emas adalah arrahnu dibawah kelolaan Koperasi Serbaguna Kakitangan Mas Malaysia Berhad. Koperasi geng-geng pilot dan steward stewardess ni. Bukan kaleng-kaleng.

Bercakap pasal jumlah cawangan, Arrahnu Emas baru mempunyai 2 cawangan iaitu di Sepang dan di Elmina East (Shah Alam). 


Dari segi harga agak rendah berbanding harga arrahnu lain dan arrahnu bank. Of Coz arrahnu bank paling tinggi berbanding arrahnu yang dikelolakan oleh koperasi. Tetapi positifnya bila harga rendah ni, upah simpan dia pun murah.
Bandingkan harga Arrahnu Emas dan lain-lain Arrahnu disini.👇🏻👇🏻👇🏻

Dari segi operasi, cepat pantas dan laju. Sup sap sup sap siap! Tak kena sidai macam bank.






JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Pos Arrahnu mendapat modal


Berita baik buat pelanggan Pos Arrahnu. Dikhabarkan Pos Arrahnu berjaya mendapat modal melalui pinjaman dengan Maybank.

Patutlah selama ni bila nak pergi gadai dekat sana je kadang-kadang ada limit 2k saja, kadang2 pergi petang dah habis modal, kena datang awal pagi. Kadang-kadang langsung tak boleh gadai walaupun datang awal pagi.

Diharapkan dengan suntikan modal ini pelanggan Pos Arrahnu dapat berurusan membuat gadaian seperti biasa selepas ni.


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Friday, May 8, 2026

Apa pilihan anda emas fizikal atau emas digital?


Emas digital lebih selamat dari segi risiko kecurian fizikal dan simpanan, kerana ia disimpan oleh penyedia platform dengan keselamatan tinggi, manakala emas fizikal lebih selamat dari segi pemilikan mutlak (tiada risiko syarikat bankrap). Emas digital sesuai untuk pelabur baru (mudah, modal rendah) manakala fizikal sesuai untuk simpanan jangka panjang.
Perbandingan Keselamatan Emas Fizikal vs Digital:
  • Emas Digital (Lebih Selamat - Risiko Fizikal):
    • Kelebihan: Tiada risiko hilang atau dicuri, diinsuranskan, mudah dijual/beli, dan sesuai untuk modal kecil (contoh: Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)).
    • Risiko: Bergantung kepada integriti dan kestabilan syarikat penyedia platform.
  • Emas Fizikal (Lebih Selamat - Pemilikan):
    • Kelebihan: Kekayaan di tangan sendiri, tiada risiko pihak ketiga (counterparty risk), dan lebih psikologi untuk simpanan.
    • Risiko: Risiko hilang, dicuri, atau terlupa tempat simpanan.
Kesimpulan:
Untuk keselamatan optimum, emas digital (melalui platform sah/bank) adalah yang terbaik untuk memulakan simpanan, namun adalah lebih baik menukarnya kepada fizikal secara berperingkat apabila jumlah sudah besar.

JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Pelbagai kekosongan di Arrahnu Koperasi Tentera . Mei 2026


Arrahnu Koperasi Tentera mempelawa mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan sebagai:

1. Eksekutif Junior
2. Audit dan Pematuhan Arrahnu

Antara skop kerja adalah memastikan pematuhan SOP dalam kerja. Menjalankan audit dalaman. Memastikan kelancaran operasi arrahnu , menyokong keperluan operasi dan OSHA.

Jika berminat boleh klik link dibawah untuk memohon secara dalam talian.




JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Jawatan Kosong Arrahnu KOPUTRA cawangan Senawang , Mei 2026.


Arrahnu Koputra cawangan Senawang mencari mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan sebagai Teller Arrahnu.

Gaji ditawarkan adalah RM2000.00. Taraf pekerjaan adalah tetap. Pemohon yang mempunyai pengalaman 1 tahun dalam bidang arrahnu atau kedai emas digalakkan untuk memohon.

Jika berminat anda boleh klik link dibawah untuk memohon secara dalam talian.


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Thursday, May 7, 2026

Jawatan Kosong Arrahnu Drive Thru Kota Damansara. Mei 2026



Jawatan kosong Arrahnu Drive Thru Kota damansara. Gaji ditawarkan bermula RM1800.
Jika berminat hantarkan resume anda ke admin@arrahnudrivethru.my


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Jawatan Kosong GM Koperasi Sepakat Berjasa ( Arrahnu Jaya )

Jika anda berpengalaman banyak dalam bidang arrahnu, dan ingin lari dari kesibukan kerja dan stress di tempat kerja sekarang, anda mungkin b...