Berita baik buat pembeli dan penyimpan Jongkong emas jenama MAA Orodesign. Penulis diberitahu bahawa Arrahnu Pejabat Pos sudah boleh menerima gadaian Jongkong Emas dari Jenama MAA.
Penulis dah lama pendam goldbar MAA ni tapi susah sebab tak semua tempat ambil. Tetapi baru-baru ini kawan penulis mengesahkan bahawa Pos Arrahnu sudah menerima jenama ini.
Baguslah senang sikit. Lagipun difahamkan Pos Arrahnu juga menerima beberapa jenis jongkong emas yang lain seperti Pamp Suisse , Public Gold, Temu Gold, Meem Gold, KAB Gold, Habib Gold, Bursa Dinar, serta Umar Gold.
Pembaca boleh terus call cawangan Pos Arrahnu untuk membuat pengesahan ok. Kadang - kadang bukan semua maklumat yang kita dapat ni tepat.










No comments:
Post a Comment