Friday, May 8, 2026

Jawatan Kosong Arrahnu KOPUTRA cawangan Senawang , Mei 2026.


Arrahnu Koputra cawangan Senawang mencari mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan sebagai Teller Arrahnu.

Gaji ditawarkan adalah RM2000.00. Taraf pekerjaan adalah tetap. Pemohon yang mempunyai pengalaman 1 tahun dalam bidang arrahnu atau kedai emas digalakkan untuk memohon.

Jika berminat anda boleh klik link dibawah untuk memohon secara dalam talian.


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Thursday, May 7, 2026

Jawatan Kosong Arrahnu Drive Thru Kota Damansara. Mei 2026



Jawatan kosong Arrahnu Drive Thru Kota damansara. Gaji ditawarkan bermula RM1800.
Jika berminat hantarkan resume anda ke admin@arrahnudrivethru.my


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Pernah dengar Arrahnu Drive Thru? Pandu Lalu? Kereta boleh masuk dalam premis arrahnu wei..

Bagi anda yang belum pernah mengetahui kewujudan premis ini, samalah kita! Admin yang pertama kali tahu akan Arrahnu Drive Thru ni pun buat semakan di internet dan mendapati ianya memang sah wujud, gambar bukan AI, dan mempunyai komen yang baik dan murni dari pelanggan.

Arrahnu Prihatin Pandu Lalu ni jika dibuat carian dalam google, dah banyak dah lokasinya. Antaranya yang dapat dijumpai dalam carian adalah di Kota Damansara, Taman Melaka Raya (Melaka) , Kodiang, Alor Star , Kota Sarang Semut , Jitra, Pendang , Dan Rawang.

Dari list tadi nampaknya Arrahnu Drive Thru ni berasal dari Kedah dan kini mula mengembangkan bisnesnya di area Lembah Klang.

Sesuatu yang menarik kerana kaedah ni sangat menjimatkan masa dan menjimatkan kos parking.


Jom kita semak gambar - gambar menarik yang dijumpai dalam carian internet berkaitan Arrahnu Pandu Lalu ini.







JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Wednesday, May 6, 2026

Harga emas dan simulasi Pos Arrahnu Vs Bank Muamalat Vs ArRahnu Xpress pada 6hb May 2026


Harga emas hari ini naik banyak berbanding semalam. Harga emas sangat tidak menentu sekarang. Turun naik yang cepat dan pada kadar yang tinggi. Namun masih lagi rendah berbanding pada saat sebelum perang US IRAN Israel terjadi. Harus diingat, Pada masa hadapan, harga emas akan stabil dan akan meroket semula, jadi ini adalah masa untuk beli emas JIKA ANDA ADA WANG.

Berbalik kepada tajuk diatas, hari ini kita akan buat simulasi antara 3 pemain arrahnu yang popular dan mempunyai cawangan yang banyak. Kita letak 10g emas bermutu 916 pada ketiga-tiga cawangan arrahnu ini iaitu Arrahnu Pos, Arrahnu Bank Muamalat dan Arrahnu Express. Mari kita bandingkan nilai marhun, nilai pinjaman dan upah simpan.



Arrahnu POS/ 916 10g
Nilai Marhun: RM5268.20
Nilai Pinjaman: 75% = RM3951
Upah simpan 6 bulan= RM300.30
*catatan - pembiayaan untuk awam adalah 75% / 80% adalah untuk staff Pos dan ketika musim perayaan sahaja.



Arrahnu Yapeim / 916 10g
Nilai Marhun: RM5820.00
Nilai Pinjaman: 80% = RM4656
Upah simpan 6 bulan= RM344.42



Arrahnu Bank Muamalat / 916 10g
Nilai Marhun: RM6086.30
Nilai Pinjaman: 75% =RM4564 
Upah simpan 6 bulan= RM256.73

Berdasarkan simulasi diatas, anda sebagai pengguna berhak tentukan pilihan anda. Kalau sanggup menunggu lama boleh la ke bank. Kalau nak cepat, sup sap sup sap siap pergilah ke arrahnu bukan bank.


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Tuesday, May 5, 2026

Ramalan harga emas jangka pendek dan panjang dari Litefinance.




Artikel ramalan harga emas oleh LiteFinance bertarikh 4 Mei 2026 menjelaskan bahawa emas masih dilihat sebagai aset selamat, terutamanya ketika dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi, inflasi dan risiko geopolitik. Sejarah menunjukkan emas sering menjadi pilihan pelabur apabila nilai mata wang dan pasaran kewangan tidak stabil. Oleh sebab itu, kebanyakan penganalisis menjangkakan trend jangka sederhana hingga panjang harga emas masih cenderung untuk meningkat, walaupun turun naik jangka pendek tetap boleh berlaku. Pada awal Mei 2026, harga emas dunia berada pada paras sekitar USD4,517.85 setiap auns. Jika ditukar menggunakan kadar pertukaran semasa sekitar 1 USD bersamaan RM3.96, harga ini bersamaan lebih kurang RM17,900 seauns. Paras ini sudahpun jauh lebih tinggi berbanding harga emas beberapa tahun lalu dan mencerminkan permintaan tinggi terhadap emas sebagai pelindung nilai.
Bagi penghujung tahun 2026, majoriti penganalisis bersikap optimistik dengan menjangkakan harga emas boleh meningkat ke sekitar USD5,462 hingga USD6,547 seauns. Dalam nilai Ringgit Malaysia, anggaran ini bersamaan kira-kira RM21,600 hingga RM25,900 seauns. Namun begitu, terdapat juga pandangan lebih berhati-hati yang menjangkakan kemungkinan pembetulan harga, dengan senario negatif meletakkan harga sekitar USD4,736 atau kira-kira RM18,750 seauns sekiranya tekanan pasaran meningkat.
Untuk tahun 2027 pula, ramalan secara keseluruhan masih menunjukkan nada positif. Pakar menjangkakan harga emas berpotensi berada dalam julat USD5,597 hingga USD8,738 seauns, bersamaan lebih kurang RM22,200 hingga RM34,600 seauns. Walau bagaimanapun, senario lemah juga tidak ditolak sepenuhnya, di mana harga boleh turun ke sekitar USD4,532 atau kira-kira RM17,950 seauns jika berlaku perubahan besar dalam dasar kewangan global.
Bagi tempoh 2028 hingga 2030, pandangan penganalisis menjadi lebih berbeza dan bercampur-campur. Ramalan konservatif meletakkan harga emas sekitar USD7,066 hingga USD9,471 seauns, bersamaan kira-kira RM28,000 hingga RM37,500 seauns. Namun, terdapat juga unjuran yang sangat agresif yang menjangkakan harga emas boleh melonjak sehingga USD19,790 seauns menjelang tahun 2030, iaitu sekitar RM78,400 seauns, jika inflasi global berpanjangan dan keyakinan terhadap mata wang utama terus melemah.

Untuk jangka masa yang lebih panjang, sekitar tahun 2037 hingga 2050, artikel ini menegaskan bahawa ramalan menjadi semakin tidak menentu kerana terlalu banyak faktor asas yang sukar dijangka. Walaupun begitu, penganalisis kekal optimistik dan menganggarkan harga emas berpotensi mencapai sekurang-kurangnya USD17,620 seauns, iaitu sekitar RM69,800 seauns, sekiranya emas terus memainkan peranan utama sebagai aset perlindungan nilai global.

JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Harga emas pada hari ini 05.05.2026


Harga emas mengalami penurunan sedikit sepertimana pasukan Man City turun ke kedudukan kedua dalam carta EPL.

Jom semak harga emas mengikut arrahnu, klik link dibawah.


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Harga emas arrahnu pos 05.05.2026


Harga emas Arrahnu Pos Pada hari ini 5 Mei 2026.


JOM FOLLOW KAMI DI FB UNTUK UPDATE TERKINI ARRAHNU,INFO KERJAYA PUN ADA

Jawatan Kosong GM Koperasi Sepakat Berjasa ( Arrahnu Jaya )

Jika anda berpengalaman banyak dalam bidang arrahnu, dan ingin lari dari kesibukan kerja dan stress di tempat kerja sekarang, anda mungkin b...